Tuesday, April 2, 2013

Live perbicaraan kes saman Khalid Samad ke atas YB Dato Hamidah Osman

Pihak Khalid Samad telah mengemukakan seorang saksi En Rosmadi yang didatangkan daripada UKM bagi mengesahkan dokumen yang diambil dari pihak ketiga.

Peguam Dato Hafarizam sekali lagi membantah dan mengatakan dokumen itu tetap dokumwn palsu.

Perbicaraan hari ini tanpa kelibat Khalid Samad kerana urusan politik

Dalam soalbalas Dato Hafarizam

Dato Hafarizam: setuju atau tidak rosmadi hanya lihat artikel 5 hari yang lalu

Rosmadi: Setuju

Dato Hafarizam: Adakah anda hanya pengguna bukan pakar software

Rosmadi:  Setuju

Dato Hafarizam: Bagaimana kamu tahu apa yang kamu tunjukkan itu adalah salinan sebenar daripada blog asal

Rosmadi: Hanya berpandukan akai.org sahaja

Dato Hafarizam: Jadi bagaimana kamu kata itu dokumen asli daripada hamidahosman.blogspot

Rosmadi: Hanya berpandukan akai.org sahaja.

Ketika ini peguam Khalid Samad sedang menyoal saksi mereka iaotu En Rosmadi daripadaUKM untuk mengesahkan dokumen palsu yang mereka beri adalah diambil daripada blog hamidahosman.blogspot

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.