Wednesday, April 3, 2013

Live perbicaraan kes saman Khalid Samad ke atas YB Dato Hamidah


Perbicaraan kes saman diteruskan hari ini dengan YB Dato Hamidah akan disoal balas oleh kedua-dua peguam kini peguam Dato Hafarizam sedang menyoal YB Dato Hamidah Osman

Dato Hafarizam : Yb adakah apa2 pindaan dlm keterangan saksi

Dato Hamidah: tidak

Dato Hafarizam: YB dihadapan YB ada dua screen shot yg dikemukakan sebagai salinan asal

Dato Hamidah: saya kata kedua2nya adalah palsu

Dato Hafarizam: pastikan betul2 YB

Dato Hamidah: saya pasti kedua2 adalah palsu

Haniffa :Setuju tak saya katakan YB tak jujur

Dato Hafarizam:Soalan yang tak sepatutnya ditanya YA

Hakim:Tarik balik soalan itu

Haniffa: saya setuju

Haniffa: Cuba mendesak YB Dato Hamidah untuk mengaku

Haniffa: Adakah anda mengaku

Dato Hamidah: Adalah tidak adil bagi saya untuk menjawab berpandukan salinan palsu

Haniffa: Adakh YB berniat jahat untuk menjatuhkan Khalid Samad dengan penyiaran di blog YB

Dato Hamidah: saya tidak pernah berniat jahat dan saya hanya untuk menyedarkan umat Islam bahawa khalid Samad bersetuju Kalimah Allah digunakan dalam bible penganut Kristian

Haniffa: patutkah YB meletakkan gambar Khalid Samad sedabg memakai baju paderi

Dato Hamidah: Perbuatan itu memang tidak patut tetapi dalam dokumen asal tidak ada pun imej Khalid Samad memakai baju paderi

Haniffa: YB kata Khalid Samad mendahului fatwa Majlis Agama Islam ada bukti

Dato Hamidah: Ada

Haniffa masih cuba meprovok YB Dato Hamidah agar mengelirukan arahan majlis fatwa
Haniffa : Walaupun Khalid Samad berpendapat kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian dalam bible mereka awak tidak sepatutnya mengecam YB Khalid Samad

Dato Hafarizam: Saya bantah kerana peguam plantif En Haniffa tidak respek kepada seorang Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan sepertimana saya respek YB Khalid Samad seorang Ahli Parlimen

Hakim memerintahkan Pegu Khalid Samad En Haniffa



7 comments:

  1. Salam perjuangan, sila pautkan Rezab ke blog tuan, Bilarentap sudah dipautkan. TQ
    http://bilarentapbangkit.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. itu saja ke?

    Kata live, tentu ada banyak lagi...

    ReplyDelete
  3. Admin blog ini sebagai orang Islam setuju tak dengan saya bahawa artikel itu memang ada dan saya sendiri ada membacanya, tetapi setelah disaman oleh YB Khalid Samad artikel itu terus dibuang dari Blog hamidahosman.blogspot.com. Kenapa berani buat tapi tak berani tanggung.

    ReplyDelete
  4. Sebagai umat Islam kita tidak boleh berpandukan bahawa kita pernah melihat sedangkan Anwar Ibrahim ada dalam video seks pun pakatan kata bukan inikan pula kita hanya menuduh kita pernah mebaca. Apakah itu boleh dijadikan bukti

    ReplyDelete
  5. Jadi anda menafikan bahawa Blog hamidahosman.blogspot.com adalah bukan blog YB Hamidah Osman dan artikel tsbt tidak pernah ujud di blog tsbt. Jika benar blog tsbt bukan blog YB Hamidah kenapa artikel tsbt dibuang dari blog tsbt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk pengetahuan blog hamidah osman wujud tetapi diuruskan oleh seorang admin. Kemudian admin tersebut sambung belajar buat Phd jadi beliau menutup blog tersebut setelah 3 bulan tidak update

      Delete
  6. Bila tarikh blog tersebut ditutup, kenapa tak dilantik admin baru. Adakah awak akui blog hamidahosman.blogspot.com adalah blog YB Hamidah.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.