Monday, April 1, 2013

Masa Exco kanan Perak terpaksa dihabiskan dengan kerenah bodoh Khalid Samad


Masa seorang ahli Majlis Mesyuarat Kanan negeri Perak begitu penting dan exco kanan sepatutnya berada dipejabat untuk melaksanakan tugas atau turun padang berjumpa rakyat.

Namun sikap bodoh seorang Ahli Parlimen Pas yang juga Timbalan YDP Pas membuatkan seorang exco kanan terpaksa meninggalkan pejabat dan rakyat.

Begitulah yang jadi terhadap YB Dato Hamidah Osman seorang exco kanan kerai Perak yang terpaksa membuang masa melayan perbicaraan kes saman seorang ahli parlimen Pas Shah Alam Khalid Samad.

Sudahlah beliau buang masa kini berhadapan dengan bukti palsu yang dikemukakan oleh Khalid Samad sehingga perbicaraan hanya berlegar-legar mengenai salinan bukti yang tidak sah sehingga memakan masa satu hari.

Jika pihak Khalid Samad tidak bersedia menyediakan bukti asli kenapa harus diteruskan kes saman ini kan membuang masa mahkamah, buang masa kakitangan makamah dan ramai lagi pihak yang terlibat

Diharap pihak Khalid Samad fikir kembali jika setakat bukti yang sudah diubahsuai nak dianggap asli hentikanlah saman ini, ini bukan soal politik tetapi soal keadilan.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.