Thursday, April 11, 2013

Mat Sabu 'Warning' Pas Negeri Pertikai Aisyah di Calonkan di Jempol


Pemilihan penyanyi Aishah sebagai calon Ahli Parlimen Jempol bagi mewakili PAS tidak perlu dipertikaikan kerana Aisyah dilahirkan dalam keluarga alim ulamak dan kehidupannya pun penuh dengan keislaman, kata Mat Sabu.


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, pihaknya menganggap keputusan itu sebagai tepat selepas merasakan penyanyi itu layak untuk bertanding di kerusi berkenaan kerana beliau penah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

"Kita telah berbincang dan kita nak Aishah bertanding dan tempat yang sesuai untuknya adalah di Jempol.

Terdahulu pemilihan Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 49, dikatakan tidak disenangi pucuk pimpinan PAS negeri apabila nama Ketua Pemuda PAS Jempol, Mohd Fairuz Mohd Isa sebelum ini telah diumumkan sebagai calon kerusi berkenaan.

Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkata, pemilihan Aishah itu dipersetujui selepas melihat kepada latar belakangnya selain dia turut dibesarkan dalam keluarga alim ulamak.

Dalam pada itu katanya, PAS juga melihat penyanyi lagu Janji Manismu itu mempunyai pengaruh yang dapat menarik perhatian orang awam.

1 comment:

  1. Patutnya orang dia yg dah lama tunggu nak jadi calon. Ada kemungkinan kena cantas.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.