Thursday, April 11, 2013

Misteri Surat Dr Wan Azizah 18 Muka Surat Terjawab!!


Misteri sama ada benar atau tidak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pernah menulis surat setebal 18 muka surat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menceritakan tabiat sebenar suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terjawab.

Ini berikutan buat pertama kalinya selepas 15 tahun menyimpan rahsia, Tun Dr Mahathir dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia akhirnya mengakui memang benar Wan Azizah menghantar surat tersebut semasa Anwar masih bergelar Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, surat Wan Azizah itu terlalu peribadi dan beliau tidak berhasrat mendedahkan kandungannya kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif.

"Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit.

"Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas Perdana Menteri itu boleh membantu.

Ditanya mengapa begitu lama menyimpan rahsia tersebut meskipun pelbagai tuduhan keji dilemparkan ekoran tindakannya memecat Anwar, Dr Mahathir berkata, beliau bukan jenis manusia yang suka memburuk-burukkan pihak tertentu tanpa sebarang asas kukuh.

"Cuma dalam konteks ini, takut orang seperti itu berkuasa saya terpaksa dedahkan tetapi yang lain semua (kandungan surat) yang tidak memberi manfaat, tidak perlu saya dedahkan," katanya


Begitulah betapa baiknya Tun Mahathir demi menjaga rumahtangga Anwar Ibrahim dan Wan Azizah, beliau pendamkan surat tersebut begitu lama sehingga beliau dituduh bermacam-macam mahafirun, mahazalim dan macam-macam lagi.

5 comments:

  1. ITU KATA2 AYAT SAIKO AJA KALAU BENAR WUJUD DAH TENTU MAHAFIRUN TAK BAGI PELUANG MESTI DEDAH KEMUNGKINAN SURAT RAYUAN SEMASA ANWAR DIPENJARA SG.BULOH NAK DAPATKAN KEBENARAN PERUBATAN AGAK2 AKU

    ReplyDelete
  2. "AGAK2 AKU" - hmmmmm,okay,I'm done

    ReplyDelete
  3. Memang la Mahafiraun macam hg akan bukan macam tu...Tp Tun tak macam tu...tuduh macam2, tp last agak2 ja...pirah anon 2.11pm....baik toksah dok fitnah...buta dpt dosa....

    ReplyDelete
  4. TAHNIAH TUN M. TERPANCAR CAHAYA KEIKHLASAN TUN..BAHASA DAN PENGAKUAN TUN CERMINAN DARIPADA SEORANG YANG BERHATI MULIA.. SEMOGA ALLAH MEMELIRAHA TUN SEKELURAGA..AMIN...

    ReplyDelete
  5. Puak puak PASDAPKR ni walau sebenar mana sekalipun bukti yg ada tentang keburukan para pemimpin mereka...tetap akan mereka kata tidak benar belaka....hatta jika tertonjol dan terlondeh di depan mata mereka sendiri pun tetap mereka akan kata .. Cobaaannnn...palsu semata...rekaan umno belaka.....kerana merek sebenarny terlalu taksub dan telah terbuta hati perutnya....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.