Sunday, April 14, 2013

Mustapha Ali Dicabar Bersumpah, Sebagaimana Beliau mencabar Ketua Polis Negeri Bersumpah



Dato Mustapa Ali pernah mencabar Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Ayub Yaakob bersumpah mengikut kaedah Islam kerana kedua-dua tokoh itu mempunyai versi yang berbeza berkenaan kes Batu Burok, 8 September 2007.

Mustafa ketika itu adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Idris adalah Menteri Besar Terengganu dan Ayub adalah Ketua Polis Negeri.

Kes Batu Burok merujuk kepada peristiwa rusuhan dan menyerang polis di kalangan ahli Pas selepas diarah bersurai daripada menghadiri satu perhimpunan tanpa permit.

Oleh kerana versi perusuh berbeza dengan versi kerana negeri dan polis negeri, Mustapa telah mencabar Idris dan Ayob bersumpah mengikut kaedah Islam.

“Jika dia berterusan dengan versi itu, saya cabar kedua-duanya untuk bersumpah iaitu Idris dengan Ketua Polis negeri ikut cara Islamlah.

“Biar dia mempertahankan versi dia itu dan saya kata bohong versi dia itu. Saya akan beri versi saya. Kita minta Allah SWT tunjuklah siapa betul dan siapa salah, “kata Mustafa dalam kenyataan media bertarikh 3 Oktober 2007.



Blog MiM bependapat jika Mustafa pernah mencabar pihak lain supaya bersumpah mengakut keadah Islam untuk menentukan kebenarannya, maka dalam kes berkaitan video seks yang dikaitkan dengannya beliau juga sewajarnya bersumpah mengikut kaedah Islam untuk membuktikan beliau tidak berbohong.

“Logiknya, jika Mustafa Ali cabar bersumpah dan tahu kepentingan sumpah itu untuk menegakkan kebenaran, maka kali ini Mustafa Ali mesti berpegang kepada prinsip beliau itu.

“Sekarang, isunya tidak banyak tertumpu kepada hinanya moral pasangan di dalam video tersebut tetapi lebih kepada persoalan tentang integriti dan kredibiliti Mustafa Ali yang sebelum ini pernah mencabar pihak lain bersumpah tetapi apabila kena ke batang hidung sendiri, Setiausaha Agung PAS itu terkedu tidak mahu bersumpah!

“MiM khuatir jika Mustafa Ali gagal bersumpah seperti prinsip yang beliau sendiri pertahankan itu akan menjatuhkan kredibiliti dan maruah beliau sebagai seorang pemimpin parti yang mendakwa memperjuangkan agama Islam,”kata blogger itu.

MiM membuat ulasan tersebut sebagai menyokong kenyataan Datuk Dr Hasan Ali yang menyeru Mustafa sekurang-kurang bersumpah untuk membuktikan kebenarannya.


Video Setiausaha Agung Pas ?

9 comments:

  1. Diharap Pas akan siasat perkara ini dgn adil dan sebaiknya. Dari segi sokongan InsyaAllah sokongan kami tidak akan berubah. Tidak adil utk kita berubah jika hanyalah kerana kesilapan seorang individu. Jika video itu satu fitnah, maka sy berdoa agar Allah melaknat dan membalas si pengfitnah.
    Namun jika video itu benar adalah mustafa, maka mustafa wajib disingkirkan dan Pas wajar utk berterima kasih kpd pihak yg merancang/merakam sebab sekurang-kurangnya kita telah dapat tahu duri dalam daging yg ada dlm Pas. Jika telah dibuktikan kesahihan oleh mahkamah, tapi jika Pas tidak mengambil sebarang tindakan, maka Pas akan hilang undi drpd sy. Cuma diharapkan, akan datang sebaiknya selain dirakam, dapatlah ditangkap khalwat terus dan ruang hujah akan terus tertutup.
    Ini kerana terdapat hujah dari sudut kesahihan. Antara yg sy dgr, ada 1 youtube yg menunjukkan teknologi membuat topeng muka iras manusia. Youtube itu menunjukkan b/m individu2 tdk dpt membezakan antara muka yg ori dan topeng trsebut tetapi anjing boleh mengesannya menerusi bau. Topeng itu dipasang dari kepala hingga sebahagian badan. Masalahnya sy tak dpt cari youtube tu. Klu sesiapa ada mintak diberi link.
    Jadi pndapat sy penangkapan terus beserta rakaman jika ada, adalah yg terbaik. Dgn penangkapan terus, video tersebut hanya akan dijadikan rujukan mahkamah tanpa perlu mengaibkan dgn cara menyebarkannya di internet. Dunia ini milik Allah, klu kita mengaibkan org, Allah akan membalas mungkin dgn aib yg lebih teruk kita tidak tahu.
    Sekiranya sumpah mubahalah perlu utk menyakinkan orang awam, maka bersumpahlah. Wbp sumpah shj bagi saya tidak mencukupi, proses undang2 dan penghakiman juga perlu ada. Pas tidak rugi jika membuang mustafa ali jika benar dan sahih dia bersalah. Ini kerana dizaman Rasulullah, sahabat baginda sendiri pernah dihukum kerana berzina. Sy tidak menuduh mustafa, tetapi ianya tidak mustahil berlaku kerana selagi namanya manusia, kita semua tidak terlepas godaan nafsu syaitan.
    Salam..

    ReplyDelete
  2. Saya setuju pendapat trsebut..sokongan terhadap PAS tidak akan berubah jika PAS betul2 siasat dan ambik tindakan sewajarnya ke atas perkara ini sebab yang peliknya respond oleh mustafa ali sendiri yang tidak mahu langsung menafikan bahawa dia yang trlibat..sekurang2nya nafikan dulu pstu brulah serah kepada peguam..saya penyokong PAS tetapi prinsip tetap perlu di jaga..klu PAS dapat selesaikan perkara ini dgn cara yg betul InsyaAllah PAS akan dipandang lebih telus dan mendapat kepercayaan rakyat..TAKBIR!!

    ReplyDelete
  3. Aku malu jadi ahli PAS..Ampunkan kesalahan dan kesilapan aku yg lepas Ya ALLAH !!!

    ReplyDelete
  4. Wadah perjuangan PAS telah tersasar dari landasan sebenar... Pemimpin yg benar2nak menegakkan islam dlm isu murad telah dpecat tanpa diberi peluang utk bela diri,,Islamik cara begitu,,,???Malah dicacimaki oleh ahli PAS yg mengaku islam tapi tidak mencerminkan sifat2 org islam yg tulen.. ALLAH sudah memakbulkan doa2 org PAS...tapi meraka masih tidak redho dgn kebenaran yg ALLAH tunjukkan kerana ketaksuban yg tinggi pada pemimpin,,,

    ReplyDelete
  5. Goodbye PAS...steady la TheBigSpender...

    ReplyDelete
  6. qada dan qadar Allah ...tiada siapa pun mampu menolaknya....setiap doa yang dipohonkan agar kebenaran muncul....inilah natijahnya...

    ReplyDelete
  7. Saya bersetuju dgn 'akudankau'. Jika Pas tidak mengambil mustafa kiranya benar mustafa bersalah, tiada bezanya Pas dgn Umno spt shahrizat didalam kes NFC. Aku sokong Pas bukanlah kerana mustafa tapi kerana prinsip dan perjuangan Pas. Rasulullah tetap menghukum Maiz bin Malik kerana kesalahan berzina w/pun Maiz itu adalah sahabat baginda.
    Jadi, ini mungkin ujian awal terhadap Pas berkaitan ketegasannya utk menegakkan Islam tanpa melihat samada yg dihukum itu kawan atau lawan.
    Setiap perkara/ujian yg berlaku pasti ada hikmahnya...

    ReplyDelete
  8. Hadi Awang telah berkata bhw orang yg dlm video itu bukanlah Mustapha Ali sebab Mustapha Ali akhir2 ini sering uzur dan hanya mampu sembahyang duduk aje.
    Kalau kita amati video tersebut, si lelaki tidak upaya utk menghabiskan peranannya dgn cara lelaki di atas. Dia kena sambung dgn cara perempuan pulak di atas sampai habis.
    Ini bersesuaian dgn Mustapha Ali yg sembahyang pun duduk aje!

    ReplyDelete
  9. Memang dia, spenda saiz angk gajah...

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.