Saturday, April 6, 2013

Najib Ajak Rakyat Undi Barisan Nasional



Saya naik step by step tapi saya tak stab sesiapa dari belakang. Prinsip saya kesetiaan kepada ketua. Tiga pedana menteri saya setia kepada mereka. Anwar Ibrahim setia ke tidak?

intipati PRU-13 pokoknya ialah sama ada rakyat ada kepercayaan kepada Anwar Ibrahim, Haji Hadi atau dengan rendah diri, saya?

Persoalannya siapa yang boleh memimpin? Kalau jawapannya Najib, undilah BN. Saya tak gerak berseorangan. Saya perlukan pasukan saya. Satu undi untuk pembangkang maksudnya masa depan yang gelap dan kepalsuan. Fantasi dan khayalan.


Satu undi untuk BN bermakna membawa harapan rakyat dan penyatuan bangsa Malaysia. Saya dan rajan-rakan mohon maaf kalau tak ada kesempurnaan. Kita manusia. Demi anak cucu kita, semangat janji ditepati, kebajikan rakyat akan kita laksanakan. Inilah janji kita. Janji yang membawa harapan. Janji yang ditepati


Hidup Barisan! Hidup Malaysia!


Najib menyerahkan aku janji BN PRU-13 kepada semua pemimpin kanan Barisan Nasional

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.