Monday, April 8, 2013

Nik Aziz Sudah Sesat dan Menyesatkan



Setelah menuduh solat orang UMNO tidak mendapat pahala, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa, UMNO membuat masjid bukan kerana Islam sebaliknya mahu menjadi kontraktor.

Malah, Menteri Besar Kelantan itu berkata, program-program berkaitan Islam yang dilakukan UMNO juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam.

"Di Kelantan ini banyak mana projek-projek Kerajaan Pusat buat, sepatah pun tidak memberitahu harga sebenar.

"Tentu ada benda yang tersembunyi, orang Melayu panggil 'sambil menyelam sambil minum air'. UMNO pula 'sambil menyelam sambil bekwoh (kenduri)'. Bukan setakat minum sahaja, makan besar," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan Projek Pawah Rusa di Kompleks Perkhidmatan Veterinar, di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya dalam ceramah di Kampung Jambu dekat sini, 3 April lalu, yang mendakwa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana mendakwa parti itu menolak dasar Islam.


Dalam masa yang sama Nik Aziz telah merasmikan berhala yang paling terbesar sekali di Asia Tenggara kata Nik Aziz demi Islam, jika tak ada Masjid boleh masuk ke dalam Berhala dan sembahyang.

4 comments:

  1. Apa nak jadi la nik aziz ni, kalu dia nak sesat sorg lantak kau la. Tapi ni semua umat islam habis disesatkan. Meloya aku la bila setiap kali org tua kutuk ni cerita pasal islam.

    ReplyDelete
  2. Kalau betul apa yang dikatakan jika tiada masjid rumah berhala pun boleh sembahyang. Dah sah dia ni....tak tahu nak kata apa ah. Wahai pengikut pas insaf dan bukalah minda, janganlah ada akal tidak di munafaatkan dengan membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Nik aziz manusia biasa serupa seperti kamu jua punyai kelebihan dan kekurangan, janganlah menjadi pengikut yang membuta tuli, sayangi diri sendiri.

    ReplyDelete
  3. Salam. Dulu N.ajis pernah berkata bahawa PAS kawan dengan DAP kerna mereka nak berdakwah kepada DAP. Malang sungguh sebenarnya DAP yang berjaya dalam mendakwahkan N.ajis ke.Agama mereka. Apa tak nya mula2 jual Kalimah Allah kemudian tuduh semua Orang Umno kafir lepas itu kata Sembahyang orang Umno tidak ada pahala serta Masjid yang dibina kerna.Duit. Ya ALLAH KAU TENGOK BETAPA SESATNYA ORANG INI. KAU BISUKANLAH DIA AGAR TIDAK MEYESATKAN LAGI UMAT ISLAM DINEGARA INI. AMINN

    ReplyDelete
  4. Nabi saw mendakwahkan Islam kpd non muslim, dan bila dakwahnya sempurna dan berjaya berhala dibinasakan. Rasullullah saw juga diutus utk menyeru manusia menyembah Allah swt dan menjauhi thogut. Contoh nabi mana ye yg diikuti oleh tok kat atas tu ?

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.