Wednesday, April 10, 2013

Nizar Dedah Bekas MB Perak Bakal Sertai Pas


Seorang bekas menteri besar yang pernah mentadbir Perak dikatakan bakal menyertai PAS tidak lama lagi.

Perkara ini didedahkan Datuk Seri Nizar Jamaludin dalam ucapannya ketika beliau diumumkan bertanding di kerusi DUN Changkat Jering pada pilihan raya umum akan datang, malam Selasa.

Walaubagaimanapun beliau tidak mendedahkan nama bekas menteri besar berkenaan.

"Seorang mantan menteri besar (Perak) akan memberikan borang masuk PAS," katanya ringkas.

Nizar berkata mengetahui perkara itu ketika mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat, Selasa.

Sebelum pentadbiran Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sekarang, Perak pernah ditadbir oleh Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, Mohamed Ghazali Jawi, Shaari Shafie, Ahmad bin Said, Kamaruddin Mohd Isa, Wan Mohamed Wan Teh, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Datuk Seri Mohd Tajol Rosli (tidak termasuk Nizar).


Kita tunggu dan lihat siapa bekas MB Perak yang akan jadi pengkhianat kepada negeri yang pernah diperintahnya dahulu atau Nizar berbohong kepada rakyat untuk menyedapkan ceramahnya.

6 comments:

  1. Ini bukan masalah insaf atau apa tapi ini masalah kredibiliti. Imej Pakatan Rakyat dipandang tinggi oleh Rakyat jangan calarkan. Tidak adakah calon dari akar umbi yang lebih layak!
    Stanby kalau calon ini buat U-TURN selepas pilihanraya. Antara strategi UMNO/BN semua bekas2 akan masuk Pakatan Rakyat dan melobi untuk menjadi calon. Mereka tahu sokongan kpd Umno/BN sudah jatuh @ kalah. Kemudian setelah Rakyat bagi kemenangan, mereka ini akan buat U-TURN bagi merampas kuasa. Ingat peristiwa di Perak! Fikir2 kan lah

    ReplyDelete
  2. Keep on dreaming MEO$EVER..........Sedapkan hati sendiri.......sama kita tunggu...hehehehhehe. Remember the song by Tom Jones Green Green Grass of Home????? I woke up and I realize I was only dreaming..hehehehehehehhe

    ReplyDelete
  3. Apa benda nya bekas MB nak masuk PAS, dah masuk pun. Dan telah dicalonkan sebagai calon wakili PAS. Beliau adalah Nizar sendiri. ....lambai-lambai masuk bakul sendiri laaa. geng pembangkang memang suka buat gempak. hakikat sebenarnya yang tak popular tu lah selalunya masuk geng depa ni.

    ReplyDelete
  4. Ya tak ya jugak.....................betul betul betul

    ReplyDelete
  5. Sorang lagi bekas calon MB masuk DAP iaitu Ngeh Koo Ham

    ReplyDelete
  6. dekat PRU 13 ni macam macamlah cerita dongeng..kalau Nizar yg cakap boleh percaya ke

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.