Thursday, April 11, 2013

Orang Kampung Tertipu Dengan Lagak Mereka tetapi sebenarnya Merekalah Paling Korup


SELAMA ini mereka menuduh pimpinan UMNO korup dan berbagai-bagai fitnah dilemparkan kepada pemimpin-pemimpin daripada Barisan Nasional malah di mata mereka UMNO dan pemimpinnya membina kekayaan serta kemewahan untuk diri mereka dan kroni-kroni.Mereka caci, mereka maki hamun pemimpin UMNO.

Saban malam disetiap pentas ceramah lagu-lagu bernada fitnah dan menghasut rakyat supaya membenci pemimpin UMNO dilagukan oleh kalangan yang kononnya mereka mendakwa pemimpin PAS seluruh Negara bersih daripada segala penyelewengan namun bila kita membaca latar belakang bekas Pegawai Kastam yang memegang jawatan YDP PAS Lenggong ini,apa lagi yang boleh kita fikir dengan segala bentuk kemewahan yang beliau ada.

Biodata ini dipaparkan disini untuk kita sama-sama kita fikirkan apakah Razman ini layak untuk bercakap tentang korupsi?


Apakah YDP PAS ini mampu menyumbang jasa bakti ataupun khidmatnya kepada rakyat di dalam kawasan Parlimen Lenggong?Apakah rakyat boleh menaruh harapan kepada pemimpin yang kononnya dilihat berlagak zuhud ini?

Ataupun Razman menawarkan diri untuk bertanding bagi mengisi lebih banyak koleksi kekayaan dan kemewahan beliau?

Baca satu persatu catatan pada biodata tersebut dan kita tidak tahu mungkin ada lagi calon-calon PAS yang begitu mewah dan kaya raya tetapi berselindung di sebalik jubah serta kopiah untuk mengelirukan masyarakat serta rakyat keseluruhan.

Hanya kertas undi sahajalah dapat menyelesaikan sikap hipokrit pemimpin parti Ajaran Sesat (PAS) ini.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.