Tuesday, April 16, 2013

Pas Perlu Buktikan Ini Bukan Mustaffa Ali Demi Imej Parti Islam


Pas perlu membuktikan rakaman video seks yang didakwa membabitkan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali sebagai satu fitnah atau video palsu bagi membersihkan imej Islam parti itu dan mengembalikan sokongan ahli di peringkat akar umbi.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, sebagai parti yang menggunakan label Islam, Pas perlu segera membuat laporan polis bagi menjaga kredibilitinya di samping melakukan siasatan dalaman bagi menyiasat dakwaan mengenai penglibatan Mustafa.

"Video ini sudah tersebar di seluruh dunia melalui internet dan Lajnah Tatatertib Pas tidak boleh hanya berdiam diri tanpa memanggil Mustafa memberikan penjelasan kerana sudah menjejaskan imej Pas.

"Ada juga cakap-cakap mengatakan video itu di antara Mustafa dengan isteri keduanya, jadi adakah jawatankuasa (disiplin Pas) hanya mahu menunggu Mustafa mengemukakan surat nikahnya, jika benar seperti didakwa.

"Sikap jawatankuasa ini yang hanya berdiam diri tidak boleh diterima kerana keadaan ini tidak adil kepada Mustafa jika dia difitnah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din meminta Lajnah Tatatertib Pas yang diketuai Datuk Wan Mutalib Embong meneliti sama ada kes tersebut wajar dibawa untuk perhatian kepimpinan tertinggi parti atau disiasat.

Bagaimanapun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis di Kota Samarahan, Sarawak semalam mendakwa video tersebut tidak tulen kerana Mustafa sudah beberapa tahun sakit lutut dan terpaksa solat secara duduk dan mungkin Mustaffa mengalami mati pucuk.

4 comments:

  1. Kasihan isteri Stopa. Kasihan Kak Jijah. Keduanya isteri misali. Betul-betul taat kepada suami masing-masing. Selagi belum nampak dengan mata kepala sendiri selagi tu tak percaya. INILAH ISTERI AHLI SYURGA. Tetapi jika dah nampaksendiri mesti cepat cepat ambil tindakan tau. Tak boleh lagi sekongkol dalam berbuat dosa. Alangkah baik jika semua yg terjadi ini adalah mimpi belaka.

    ReplyDelete
  2. Benda tu bukan kira sakit belakang ke atau sakit lutut ke. Kalau dan bertemu antara jantan dan betina je tak kira lah ia bengkok ke atau pendek ke, pasti mencacak di buatnya. Hehehe...

    ReplyDelete
  3. yg lumpuh pun ada kehendak ini kan pula sakit lutut aje, mengadap ALLAH duduk atas kerusi, atas kehendak kona baring pun sanggup

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.