Tuesday, April 23, 2013

Pasar Malam Station 18 DiSerang Oleh Penyokong BN


Dato Hamidah meneruskan kempennya secara aktif dan kali ini Dato Hamidah turun ke Pasar Malam Station 18. Lebih 200 penyokong Barisan Nasional turut serta dalam kempen ini. Menurut Dato Hamidah Osman, beliau berpuashati dengan  kempen kali ini kerana mendapat sambutan yang begitu drastik berbanding pilihanraya 2008.

Ini dipengaruhi faktor-faktor kerajinan Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang begitu aktif turun padang berjumpa rakyat dan mengesan kehendak rakyat.

Beliau juga tidak pernah menghampakan harapan rakyat dalam masa empat tahun beliau sudah mampu memenuhi hampir semua impian rakyat dan bayangkan jika Barisan Nasional diberi mandat sekali lagi sudah tentu banyak lagi perkara baik yang akan dilakukan kepada rakyat, kata Dato Hamidah lagi ketika ditemui berkempen di pasar malam station 18.

Berbanding dengan Pembangkang terutamanya Pas cara berkempen, mereka hanya memfitah, menuduh tanpa fakta dan menghasut serta memaki hamun pemimpin Barisan Nasional adakah itu kempen yang sihat seperti yang dilaung-laungkan oleh mereka?, kata Dato Hamidah lagi.



0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.