Friday, April 12, 2013

Pelancaran Jentera BN Di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak


Hanya pemimpin yang berdedikasi dan sentiasa turun padang melihat masalah rakyat sahaja akan dicalonkan semula. Bagi pemimpin yang tenggelam timbul sekejap ada sekejap tiada dan ada balik menjelang PRU13 janganlah kecil hati jika tidak dicalonkan.

Pelancaran Jentera PRU13 Barisan Nasional telah dilancarkan sebentar tadi oleh YAB Dato Seri Mohd Zambry Abdul Kadir di Stadium Indera Mulia Ipoh Perak.

Beliau meminta agar jentera BN PRU13 berkerja keras bagi memenangkan calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti. 

Nasihat beliau kepada pemimpin yang tidak dicalonkan supaya jangan berkecil hati atau merajuk dan akhirnya membuat sabotaj kepada jentera parti sebaliknya bekerjasamalah kerana jika BN menang dengan majoriti 2/3 semua pemimpin BN ada nilai. 

Ketua Bahagian ada nilai, Timbalan Ketua Bahagian ada nilai dan seterusnya semua pemimpin ada nilai dan jika BN kalah semua tidak mahu lagi memegang jawatan.



0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.