Saturday, April 13, 2013

Penantian selama 13 Tahun Oleh Penduduk Berakhir Hari Ini




Penantian selama 13 tahun sejak menduduki Taman ini akhirnya meniti titik noktah apabila sebuah dewan orang ramai di Taman Lembah Permai bakal dibina.

Sebentar tadi satu majlis pecah tanah telah dilaksanakan oleh YB Dato Hamidah Osman exco kanan kerajaan negeri Perak di tapak dewan Taman Lembah Permai.

Seramai lebih 100 orang penduduk hadir untuk menyaksikan detik-detik bersejarah tersebut.

Menurut YB Dato Hamidah, perpaduan amat perlu bagi mengeratkan tali silaturrahim antara sesama kita dan jika ini berlaku maka kita akan dipandang kuat dan sebarang permintaan akan dipenuhi.

"Menjelang PRU13 saya menasihati buatlah keputusan yang bijak demi masa depan anak-cucu kita walaupun satu undi ianya tetap berharga.

Selama 4 tahun Dato Sri Mohd Najib sudah melakukan semuanya untuk rakyat Malaysia tanpa memilih 'bulu' dan kini sudah sampai masanya kita membalas budi Dato Sri Mohd Najib hanya dengan memberi satu undi kepada BN dan ini akan dapat memberi ruang kepadanya untuk melakukan lebih lagi pada masa hadapan", kata YB Dato Hamidah ketika ditemui semasa majlis pecah tanah pembinaan dewan di Taman Lembah Permai Batu Gajah.

Turut hadir adalah ketua kampung Sungai Terap, Pengerusi KRT Taman Lembah Permai, Ketua Umno cawangan Taman lembah Permai dan beberapa ketua-ketua kampung berhampiran.

1 comment:

  1. Tahniah Dato Midah di atas keperihatinan dato kepada masyarakat Taman Lembah Permai

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.