Tuesday, April 16, 2013

Pencalonan Zulkifli Nordin Di Shah Alam kena pada tempatnya


Bekas Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin yang dicalonkan untuk bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) di Parlimen Shah Alam menyeru semua calon baharu agar bekerja kuat bagi memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau yang dicalonkan oleh BN sebagai "rakan" parti itu berkata, calon-calon baharu tidak perlu gusar dan sepatutnya berasa bangga kerana diberi peluang untuk bertanding dan membuktikan kemampuan masing-masing.

"Kita telah mempunyai pasukan boleh menang yang dipimpin oleh pemimpin boleh menang. Saya dengan semangatnya akan memulakan kempen pada malam ini.

"Calon-calon baharu BN juga perlu yakin kerana BN merupakan parti yang realistik berbanding parti lawan,’’ katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Pada pilihan raya umum ke-12 lalu, bekas salah seorang peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat pertama itu bertanding di Kulim/Bandar Baharu atas tiket PKR, tetapi kemudian bertindak keluar daripada parti itu dan menjadi Ahli Parlimen bebas prokerajaan.

Ketika ditanya mengenai harapan BN untuk menawan semula Selangor, kata Zulkifli, terdapat petanda positif bahawa Selangor akan dirampas semula oleh BN.

Katanya, beliau menjadikan sambutan memberangsangkan di kalangan rakyat terhadap majlis-majlis atau ceramah-ceramah yang dijalankan oleh BN di sekitar Selangor sebagai kayu pengukur.

“Himpunan Perkasa bersama Tun Dr. Mahathir dua minggu lalu turut membuktikan sambutan yang amat baik di kalangan rakyat Selangor.

“Pada kali ini, saya yakin rakyat Selangor akan kembali kepada BN,’’ katanya

4 comments:

  1. org org kuat sudah mari

    ReplyDelete
  2. lawan dengan khalid gereja

    ReplyDelete
  3. Lawam terbaekkk....hidup bn hidup zul

    ReplyDelete
  4. nanti hanpa terpesona la dgn Zul, dia pandai berbicara, betul tidak belakang kira

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.