Wednesday, April 3, 2013

Perak Bubar Dun Sebentar Tadi


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersama exco-exco kerajaan negeri Perak sebentar tadi telah mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak bagi penggal ke-12.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak secara rasminya dibubarkan selepas Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN jam 3.10 petang tadi.

Terdahulu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tiba di Istana Iskandariah di sini tepat jam 2.50 petang untuk menghadap dan memohon perkenan Raja Dr Nazrin Shah mengenai pembubaran DUN Perak. 


Menurut Dr Zambry, kerajaan negeri Perak sudah melakukan apa yang difikirkan perlu untuk kesejahteraan rakyat negeri Perak supaya rakyat tidak ada yang tertinggal dan tidak ada yang terpinggir.

"Ini masanya rakyat negeri Perak membalas jasa kerajaan yang membantu mereka selama ini daripada memilih kerajaan yang hanya pandai berjanji sahaja, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika pengumuman pembubaran Dun di kediaman rasminya.

Rakyat jangan terpengaruh dengan janji palsu yang dibuat oleh pakatan pembangkang sehingga berjanji perkara yang mereka sendiri tidak dapat menunaikannya, kata Dr Zambry lagi

Bagi kerajaan Barisan Nasional mengekalkan Janji DiTepati walaupun pakatan pembangkang terlalu marahkan slogan itu namun kerajaan BN tetap menepati janji-janji yang telah dibuat semasa kempen pilihanraya ke-12 yang lalu.

Kepada pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon janganlah merajuk kerana masih banyak tugasan dan jawatan yang perlu diisi jika BN memenangi 2/3 pada PRU13 nanti.

1 comment:

  1. Kesian.... Tidur tak lena lah lepas ni ye?

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.