Thursday, April 4, 2013

Perbicaraan Kes Saman Khalid Samad: Pihak Dato Hamidah Dibekalkan Dua salinan palsu yang berlainan


Adalah tidak adil bagi YB Dato Hamidah apabila dibekalkan bukti palsu yang dijadikan bahan eksibit makamah kemudian disuruh berhujah berdasarkan bukti tersebut.

Kes perbicaraan YB Dato Hamidah semalam menyaksikan peguam Khalid Samad Mohamed Hanipa Maidin seorang Ahli Jawatankuasa Parti Islam Semalaysia (PAS) menyoalbalas saksi utama YB Datto Hamidah.

Peguam membekalkan dua dokumen iaitu muka halaman yang kononnya diambil daripada blog hamidahosman.blogspot.com tetapi diambil menggunakan medium ketiga iaitu http://web.archive.org.

Malangnya ada dua dokumen yang berbeza telah dibekalkan kepada mahkamah untuk dibuat rujukan satu dokumen memaparkan muka Khalid Samad berpakaian seperti bishop dan satu lagi tidak ada sebarang gambar.

Sebelum itu pihak Khalid Samad mengemukakan seorang saksi iaitu Dr Rosmadi Mokhtar daripada UKM bagi mempertahankan bahawa bukti yang diambil daripada http://web.archive.org tidak boleh diubahsuai walaubagaimana pun pihak Dato Hamidah menerusi seorang saksi iaitu pakar software dari Dubai mengatakan bahawa bukti yang diambil daripada http://web.archive.org boleh diubahsuai dan beliau berjaya membuktikannya.

Pada perbicaraan semalam YB Dato Hamidah diarahkan oleh pihak Khalid Samad untuk berhujah berdasarkan bukti palsu. Walaubagaimana pun YB Dato Hamidah enggan menjawab beberapa soalan kerana disuruh menjawab berdasarkan fakta palsu yang dibekalkan oleh pihak Khalid Samad.

Beberapa soalan yang tidak dijawab oleh YB Dato Hamidah adalah:

Hanifa Maiden: Setujukah Dato apabila saya katakan Dato berniat jahat menuduh tanpa bukti terhadap Khalid Samad

Dato Hamidah: Saya tidak bersetuju kerana bagaimana pula dosa orang yang menuduh saya berniat jahat menuduh orang lain sedangkan bukti yang dibekalkan kepada saya semua palsu.

Haniffa maiden: YA tengoklah Dato menuduh saya pula bagaimana? saya hanya menyoal

Hakim: Awak tu kenapa menuduh Dato, sepatutnya awak seorang peguam tahu etika seorang peguam untuk menyoalbalas bukannya menuduh.

Haniffa Maiden: Maaf Yang Arif

Hakim: Bukan minta maaf pada saya tapi pada Dato Hamidah

Haniffa Maiden: Saya mohon maaf Dato

Dato Hamidah: Sebagai seorang Islam saya memaafkan awak

Sebagai menghormati mahkamah Sungai Rapat Online tidak akan mendedahkan dokumen palsu tersebut kerana perbicaraan masih sedang berjalan walaupun kedua-dua dokumen palsu ada pada SRO.


10 comments:

  1. Apa-apapun, Khalid gereja masih lagi bersalah menjual nama Allah kepada Kafir. Tidak ada isu fitnah-memfitnah kerana dia dah terang-terang melakukannya. Dia cuma nak saman/bicarakan untuk memanjangkan cerita

    ReplyDelete
  2. Sebelum itu dia tidak dapat memberi jawapan apabila dikatakan menolak fatwa negeri Selangor sendiri kerana dia sendiri tiada ilmu Agam untuk berhadapan dengan majlis fatwa

    ReplyDelete
  3. Saya telah salin artikel ini ke blog Greenboc, tapi masih tunggu dimoderate oleh empunya blog. Kita tengok blogger berkenaan berani atau tidak untuk siarkan artikel dari blog SRO ni...

    Pautan ke blog berkenaan:

    http://greenboc.blogspot.com/2013/04/artikel-gambar-fitnah-2-jam-hamidah.html

    ReplyDelete
  4. Ini masih dalam kes mahkamah bahan yang dipamerkan adalah bahan Bukti Eksibit mahkamah tindakan bicara dalam bicara boleh dimohon dan seterusnya mengheret blogger Greenboc ke kandang saksi. SRO pun ada dua eksibit yang dijadikan bahan bukti satu mempunyai gambar dan satu lagi tidak mempunyai gambar tetapi tidak boleh disiarkan kerana masih didalam proses perbicaraan

    ReplyDelete
  5. Sungai Rapat Online telah buat print screen http://greenboc.blogspot.com/2013/04/artikel-gambar-fitnah-2-jam-hamidah.html untuk dirujuk kepada peguam YB Dato Hamidah supaya diserahkan kepada mahkamah agar dapat diambil tindakan menghina mahkamah........terima kasih Anon 2:26 kerana membantu

    ReplyDelete
  6. Nampaknya blogger greenboc tak berani nak moderate komen saya tadi. Saya salin artikel dari SRO lebih kurang pukul 2.20pm - 2.25pm, tapi komen yang lepas hanya dari pengomen jam 2:33 PM dan 3:56pm sahaja. Terbukti blogger fuckatan tersebut adalah seorang pengecut dan PENIPU...!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  7. Nampaknya blogger greenboc tak berani nak moderate komen saya tadi. Saya salin artikel dari SRO lebih kurang pukul 2.20pm - 2.25pm, tapi komen yang lepas hanya dari pengomen jam 2:33 PM dan 3:56pm sahaja. Terbukti blogger fuckatan tersebut adalah seorang pengecut dan PENIPU...!!!!!!!!!

    -dari anon 2:26pm

    ReplyDelete
  8. kah kah kah kah kah... akhirnya blogger greenboc terpaksa tunjukkan kejantanannya moderate komen saya walaupun komen pengomen jam 2:33pm dan 3:56pm dilepaskan terlebih dahulu. Itu mungkin kerana tak mau pengunjung blog dia komen atas artikelnya yang tidak telus. Selepas sahaja dia melepaskan komen saya, sudah ada dua artikel susulan diterbitkan untuk menutup artikel berkenaan perjalanan kes Khalid samad dan Dato Hamidah. Sungguh teruk perangai blogger greenboc tu...

    -dari anon 2:26pm

    ReplyDelete
  9. Itulah standard blogger pakatan haram bagaimana cara Anwar menipu rakyat begitulah mereka menipu pembaca mereka tetapi ahlamdulillah saya dah pun sempat print screen kesemua artikel terbut

    ReplyDelete
  10. Antara lain Hanipa menyoal balas Hamidah seperti berikut : -S : Datuk, anda menafikan di dalam keterangan anda bahawa artikel di dalam blog anda mengandungi gambar Khalid Samad berpakaian paderi?J : Ya.S : Kalau benar dakwaan datuk, mengapakah di dalam pernyataan pembelaan datuk, datuk sendiri mengakui kewujudan gambar di dalam artikel tersebut? Kalau gambar tidak wujud mengapa datuk tidak nafikan di dalam pembelaan datuk? Mengapa datuk tidak batalkan saman Khalid?J : Saya menafikan gambar itu di super imposed oleh saya.S : Tapi datuk ...Khalid Samad tidak katakan dalam saman beliau bahawa datuk telah super imposed gambar tersebut, apa yang dia kata di dalam blog datuk wujud gambar super imposed itu bersama-sama artikel itu, jadi mengapa datuk nak nafikan apa yang Khalid tidak kata dalam samannya? Ertinya mengapa datuk perlu nafikan gambar itu disuper imposed oleh datuk apabila Khalid sendiri tidak tuduh benda itu? Apa yang dituduh datuk tak nafi, apa yang tidak dituduh datuk nafi pula, boleh jelaskan?A : errr...S : Datuk, adakah datuk sedar dalam pembelaan datuk, datuk bergantung kepada pembelaan justifikasi. Tahukah datuk kesan kepada pembelaan ini?J : Itu saya serah pada peguam saya.S : Datuk saya katakan bahawa apabila anda bergantung kepada pembelaan justifikasi, hakikatnya datuk menyatakan apa yang datuk terbitkan di dalam blog datuk adalah benar.. iaitu jika datuk terbitkan Khalid berpakaian paderi maknanya datuk boleh buktikan memang benar beliau berpakaian paderi, begitu juga jika datuk kata Khalid melacur agama datuk boleh buktikan memang benar dia melacur agama, soalan saya adakah datuk mempunyai bukti-bukti tersebut?J : Tiada.J : Dengan bergantung kepada pembelaan justifikasi, saya katakan datuk tidak boleh kata datuk tidak terbitkan artikel dalam blog datuk itu.. kerana adalah pelik dari satu segi datuk kata datuk tidak terbit artikel itu, tapi dari segi yang lain pula datuk kata apa yang datuk terbitkan itu adalah benar..mana satu ni datuk?J : Yang Arif, saya tidak boleh jawab kerana saya tidak lihat artikel asal saya.Hanipa juga di dalam soal balas beliau merujuk kepada apa yang ditulis di dalam blog Hamidah bahawa beliau mengingatkan para pembaca yang ingin membuat komen di blog beliau perlu berhemah, mempamerkan akhlak dan tidak menggunakan guna bahasa yang kasar. Hanipa bertanyaS : Sebenarnya peringatan datuk ini kena pada dato sendiri kerana hakikatnya datuk yang guna kata-kata tidak berhemah apabila datuk guna kata-kata seperti Plaintif melacur agama dan menolong menaikkan semangat pihak kafir menjahanamkan iman umat Islam...betul tak datuk?J : Saya hanya ingatkan pembaca supaya beri komen yang berhemah..Perbicaraan akan disambung semula pada 12 April ini.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.