Saturday, April 6, 2013

Perhimpunan 1 Malaysia Pembentangan Manifesto Barisan Nasional Janji DiTepati


Pengerusi BN memberikan ucapan diiringi semua pemimpin BN
Kita boleh lancarkan manifesto dalam sidang akhbar. Tapi manifesto ni amat serius maka kita bentang dalam perhimpunan yang begitu besar dan kita siar secara langsung supaya rakyat boleh teliti apakah komitmen Barisan Nasional kepada rakyat. Kita sudah sampai ke peringkat genderang perang sudah dipalu. Kita dalam kesiapsiagaan yang tinggi hanya tunggu penamaan calon.

PM kata manifesto adalah akujanji kepada rakyat
Tetapi pembangkang kata manifesto bukan janji

Dengan izin Allah dapat adakan satu perhimpunan luar biasa malam ini. Paling hebat sekali yang pernah saya lihat. Pada mulanya nak buat di Stadium Merdeka, Stadium Bukit Jalil pun. Kalau kerah pasti padat sebaliknya pilih stadium tertutup kerana malam ini malam yang meriah tetapi serius. 

Malam meriah kita dapat berhimpun dan tunjuk kekuatan kerana BN parti terkuat. Malam ini serius kerana malam ini kita lancarkan manifesto BN. Saya tak nak guna manifesto sebab bukan janji. JADI SAYA GUNA akujanji. Kalau manifesto bukan janji, apa faedah bentang manifesto yang baru.



Datuk Seri Jamil Khir Baharom membacakan doa

Lebih 40,000 hadirin dalam dan luar negara sempena Pelancaran Manifesto Barisan Nasional 2013 dan disiarkan secara langsung di TV.







Lagu Negaraku dan Barisan Nasional dinyanyikan


Lagu NegaraKu berkumandang...semua hadirin berdiri bagi memberikan penghormatan kepada lagu Kebangsaan.

Kini nyanyian lagu Barisan Nasional

Lagu 1Malaysia yang turut dinyanyikan bersama lebih 40,000 hadirin yang hadir pada malam ini bergema di Stadium Putra Bukit Jalil.



Ketibaan Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri. Turut mengiringu Timbalan Presiden BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri




Keadaan surau yang sempit membatkan ada pengunjung terpaksa sembahyang di luar




Laporan secara langsung yang diambil daripada Utusan Online perhimpunan 1 Malaysia pembentangan Manifesto Barisan Nasional yang menjanjikan perkhidmatan yang lebih baik daripada Pakatan Haram.


5 comments:

  1. Kalaulah boleh disiarkan manifesto pakatan rakyat secara langsung dlm tv seperti yg diberi peluang kpd BN, boleh la kita sama2 menilainya mana yg lbh baik. Ini tidak, sebelah pihak saja yg boleh. Umpama dua org bertinju, seorang diikat tangan dan seorang lagi bebas utk menumbuk semahu-mahunya. Lepas saja bertumbuk, yg bebas dari ikatan pun berbangga dan mengaku dialah kuat,dialah juara,dialah terbaik. Tetapi ingat, setiap org mempunyai penilainnya tersendiri.

    ReplyDelete
  2. Yes saya sokong!vote pakatan rakyat









    ReplyDelete
  3. tk pyh kot rsenye sb nti pakatan jnji mcm2 tpi tak tunai langsung.

    ReplyDelete
  4. kesian sola kt luar surau. tpi kesian lg sebab solat soran-sorang.pimpinan BN tak ajar berjemaah ke? Kami dlm Pr sentiasa ajar berjemaah apatah lg dlm SOLAt...

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.