Wednesday, April 10, 2013

Perjumpaan PM Dengan Pemimpin BN: Ramai Calon 2008 Masih Dikekalkan


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, calon-calon yang kalah pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu masih berpeluang menjadi calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum kali ini.

Bagaimanapun beliau menjelaskan keputusan mengenainya masih bergantung kepada faktor-faktor kekalahan calon terbabit pada pilihan raya umun yang lalu.


Dua kriteria calon boleh menang bakal menjadi pertimbangan utama Barisan Nasional (BN) iaitu kebolehan diri sendiri pemimpin tersebut dan juga penerimaan para pengundi di kawasan yang diwakili dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perjumpaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu mengadakan pertemuan dengan semua pemimpin Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tengah hari ini berkata:

"Objektif utama ialah menubuhkan kerajaan dan bukannya tumpuan untuk menjadi calon.

"Dan kalau ada yang tidak terpilih itu, kalau pun dia merajuk cukup setakat 24 jam sahajalah. Lepas itu turun membantu jentera," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.