Friday, April 12, 2013

Pihak Polis Patut Ambil Tindakan 5 tahun Yang Lalu Kini Unit Amal Mencecah 15,000 orang


Rakyat setuju sangat dengan tindakan pihak Polis tidak membenarkan mana-mana parti politik menubuhkan Unit keselamatan ala pihak berkuasa yang memakai lengkap beruniform jika ini dilakukan 5 tahun yang lalu.

Kita sudah mendengar, melihat dan terjadi pun depan mata kita bagaimana Unit keselamatan Pas yang dibiayai oleh individu tertentu yang berselindung disebalik unit Amal bertindak kasar, biadap dan tidak sopan kepada pengundi yang bukan mengundi parti mereka pada PRU 2008 lagi.


Kita juga melihat bagaimana unit keselamatan Pas menjadi ganas apabila memerangi pihak polis dalam tiga siri keganasan demontrasi 'Bersih', Demontrasi Lynas, demonstrasi Pengerang dan berbagai demo lagi.

Sepatutnya pihak PDRM bertindak 5 tahun yang lalu kerana ketika itu unit keselamatan Pas baru ditubuhkan. Kini keahlian unit keganasan Pas dikatakan mencecah 15,000 orang.

Apakah parti lain tidak merasa tergugat keselamatan mereka jika berlaku pilhanraya akan datang?

Apakah unit keganasan Pas bertindak adil kepada semua seperti yang mereka lakukan pada setiap pilihanraya kecil dan setiap demo.

Apabila parti lain mahu mengadakan pasukan keselamatan mereka sendiri barulah pemimpin Pas sibuk membuat laporan polis dan pihak polis terus bertindak mengharamkannya.

Apakah selama ini tidak adakah laporan polis terhadap unit keganasan Pas?

Inilah yang dikatakan tidak adil dikala parti Pas sudah lengkap dengan unit keganasan mereka satu pihak lain diharamkan penubuhan unit keselamatan mereka sendiri untuk mempertahankan keselamatan mereka.

Apa pun pihak polis perlu tegas dalam mengharamkan unit amal Pas ini jika tidak berbagai unit lagi akan ditubuhkan bagi mengimbangi unit keganasan Pas ini.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.