Saturday, April 6, 2013

Pilihlah Barisan Nasional Untuk Masa Depan Anak Cucu Kita


Manifesto Barisan Nasional (BN) yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil di sini malam ini, pasti menjanjikan masa hadapan yang lebih gemilang untuk negara bagi tempoh lima tahun akan datang.

Rakyat Malaysia seharusnya mendengar dan meneliti manifesto BN serta membandingkannya dengan manifesto yang diumumkan pakatan pembangkang pada 21 Mac lalu.

Kita tunggu apa yang akan dikatakan oleh Perdana Menteri malam ini. Ini upacara yang serius, bukan ceria untuk berpesta. Sesuatu yang hendak disampaikan BN untuk tempoh lima tahun akan datang kepada seluruh rakyat Malaysia.

Manifesto ini satu perjanjian antara BN dengan rakyat yang akan membawa lebih banyak kebahagiaan, nikmat pembangunan dan kemajuan, lebih-lebih lagi tempoh lima tahun akan datang begitu penting untuk kita capai fasa negara maju.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.