Wednesday, April 10, 2013

PM jumpa calon BN tengah hari ini


Teka-teki mengenai calon BN akan diketahui sebaik sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan tertutup dengan calon-calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pukul 12 tengah hari ini.

Terdahulu, pagi ini, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun sedang menyampaikan taklimat tertutup kepada semua yang hadir.



Mana-mana yang fikir mereka layak untuk jadi calon kemudian tidak terpilih janganlah pula melakukan sabotaj terhadap calon malah bantulah calon supaya mereka juga akan jadi pemimpin Umno yang ada 'value'

Sebelum ini Suruhanaya Pilihanraya (SPR) yang bermesyuarat pagi tadi menenapkan bahawa 20 April adalah Hari Penamaan Calon dan 5 Mei Hari Pengundian demikian menurut Tan Sri Abdul Aziz Yusof


Dengan penetapan itu, hari berkempen adalah dua minggu.


1 comment:

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.