Thursday, April 11, 2013

Polis Dapat Kesan Dua Pemuda Edar VCD Lucah pemimpin Pembangkang


Polis berjaya mengesan perbuatan mengedarkan video cakera padat (VCD) seks yang kononnya melibatkan seorang pemimpin utama parti pembangkang oleh seorang lelaki di daerah Besut hari ini.

Kejadian itu dikesan di kawasan Perumahan Lorong Sekolah dan Perumahan Lorong Hidayah di Kampung Alor Lintang, Besut.

Video cakera padat beserta sejumlah gambar 'aksi' pemimpin pembangkang itu di dalam sampul surat itu diletakkan di pekarangan rumah penduduk sekitar kawasan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K. Manoharan, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung pengedaran video seks itu kira-kira pukul 7.40 pagi tadi di Balai Polis Kampung Raja, Besut.

"Bagaimanapun, lelaki yang mengedarkan sampul surat mengandungi gambar dan VCD itu gagal dikesan dan pihak polis sedang menjejaki lelaki tersebut berdasarkan maklumat yang diterima dan tangkapan akan dibuat sedikit masa lagi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.