Saturday, April 6, 2013

PRU-13: Ceramah tempat gelap, penyokong Pas jatuh parit



Gara-gara sikap parti-parti pembangkang yang gemar mengadakan ceramah di tempat sempit dan gelap, akibatnya para penyokong mereka menanggung azab.

Dalam satu majlis ceramah Pas di di Bandar Baru Uda di sini malam tadi, seorang pengunjung yang juga penyokong parti itu terjatuh parit ketika menyeberanginya dalam keadaan gelap.

Orang ramai terpaksa membantu lelaki berusia 50-an itu yang dipercayai tergelecek ke dalam parit berkenaan kerana keadaan tanah yang licin dan berlumpur selepas hujan pada petang semalam.

Kejadian tersebut berlaku ketika Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sedang berucap di atas pentas. Turut berceramah sebelumnya ialah Naib Presiden, Salahuddin Ayub.

Ekoran kejadian itu, pengacara majlis, Onn Jaafar, yang juga Ahli Badan Perhubungan Pas Johor terpaksa membuat pengumuman agar pengunjung yang hadir hati-hati melangkah bagi mengelakkan sebarang kecelakaan dan kecederaan.


4 comments:

  1. Ini salah UMNO....najib razak membuat konspirasi utk menjatuhkn penyokong pembangkang ke dalam longkang

    ReplyDelete
  2. dah tade mata ke ape? rabun, xnampak, masih sibuk nak dengar2 ceramah gebang tu~ pastu ade pulak yg nak kaitkan dgn najib...dah kenape???

    ReplyDelete
  3. sokong... ini semuanya salah kerajaan dan PM yg menyebabkan penyokong tegar pas jatuh kedalam lubang jamban.. ops sory longkang.. ini konspirasi umno..

    ReplyDelete
  4. Pdan muka. Kalau mat sabu yang jatuh gaung lagi baik.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.