Wednesday, April 24, 2013

PRU-13: Usah terpedaya taktik kotor pembangkang di Sungai Rapat


Masyarakat dalam Dun Sungai Rapat diingatkan supaya mengawasi taktik kotor pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja mensabotaj dan sering membuat provokasi terhadap jentera Barisan Nasional (BN) , menerusi penghantaran risalah palsu mengenai pemberian bantuan.

Menurut Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia Dato Hamidah Osman berkata beberapa risalah menghasut bertujuan untuk menimbulkan kemarahan rakyat terhadap BN.
Beliau yang juga calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat berkata amaran keras diberikan kepada pihak terbabit supaya berhenti daripada menggunakan taktik kotor itu, semata-mata untuk meraih undi simpati.

Hamidah  yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO turut meminta anggota, pemimpin UMNO serta BN di seluruh negara supaya memantau sebarang program yang dianjurkan mana-mana pihak, bertujuan memastikan nama BN tidak disalahgunakan.

Sebelum itu beberapa banner provokasi telah dipasang berdekatan dengan Bilik Gerakan utama BN, ini menyebabkan berlakunya pergaduhan. 

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.