Sunday, April 21, 2013

Ramai Kaum Cina Di Taman Song Choon Bantu Dato Hamidah Berkempen, Apa tandanya?


Bila kaum Cina sudah mula membantu calon BN Dun Sungai Rapat N43 Dato Hamidah ini membawa petanda yang amai baik. Ini menunjukkan kaum cina sudah menerima Dato Hamidah sebagai wakil mereka.

Sebelum ini jika 5 tahun yang lalu kaum cina susah untuk memakai baju BN tetapi disebabkan kekerapan Dato Hamidah turun padang membuatkan kaum cina sudah tekatkan hati mereka bukan sahaja mengundi Dato Hamidah malah membantu beliau dalam setiap kempennya.

Jika fenomena ini berterusan Insyaallah Dato Hamidah akan menang dengan majoriti yang lebih besar daripada tahun 2008.

4 comments:

  1. Kaum cina tidak minta banyak.kebanyakkan yg susah berniaga sendiri kecil kecilan tidak berpendidikan tinggi hanya mahu pendapatan mereka selesa peluang cari makan dibantu seperti bantuan modal dan lesen dan tidak diganggu dan sara hidup tidak tinggi termasuk kemudahan anak bersekolah daripada sekolah ke universiti dibantu.mereka tak suka dengar retorik2 ni.jadi kalau kita bantu bagi masaalah perniagaan dia bantu bagi anak dia masuk universiti hatta politeknik sekalipun dia akan berterima kasih pada kita tak kira kita siapa.cuma yg jadi masaalah adalah cina golongan pertengahan yg educated dan sophisticated.mereka ni tak susah malahan mewah.cuma mereka mersakan bn penghalang utk mereka jadi lebih mewah.kalau kita lihat manifesto pr seperti turunkan harga kereta hanya nak untungkan golongan pertengahan supaya merrka boleh bergaya dgn kereta lebih hebat pada harga murah.org biasa takkan berani beli camry atau civic walaupun harga 50ribu sbb maintainance mahal.sekali servis kat 1000k.mampu ke.dan pr mampukan kawal harga servis kereta?takkan nak hantar kereta baru srrvis bawah pokok.kita tak dspat puaskan hati semua rapi cukuplah membantu mereka yg memerlukan berbanding manisfesto pr yg lebih kepada mengayakan cikgu yg dah kaya dan mewah dgn janji elaun 500.bn janji akam beri 1200 utk orgsusah dsamping kedai1 malaysia dgn harga brg msmpu milik.kalau ada 5ringgit boleh beli mcm mcm makanan.

    ReplyDelete
  2. Maaf kata..... kita tunggu dan lihat dulu keputusan PRU nanti, baru dapat pasti yang kaum cina bersama kembali BN atau sebaliknya. La ni aku payah nak caya yang kaum ini menyokong BN kerana kita sama maklum, ke-rasis-an yang ditanam dap kat mereka amat berjaya.

    ReplyDelete
  3. bab berpolitik ni aku tabik orang cina... takat pegang bendera BN, bersalam dengan calun BN belum tentu masa pangkah nanti dapat ke BN. suratkhabar cina pun berita politik mereka sama rata, tidak berat sebelah. jadi BN kena ambil pendekatan berhati2... isu perkauman jangan terlampau berlebih2an, jangan sifatkan mereka rakyat kelas 2, ayat 'kalau tak suka malaysia boleh balik tongsan' jangan sampai kedengaran pada mereka... MCA pun sampai sekarang pun belum boleh gerenti deliver pengundi cina pada kita. jadi waspada dengan dengan keseronokan yang hanya merupakan ilusi.

    ReplyDelete
  4. "bab berpolitik ni aku tabik orang cina... takat pegang bendera BN, bersalam dengan calun BN belum tentu masa pangkah nanti dapat ke BN. " = anon

    Aku pelik, apa yg perlu ditabik dan dibanggakan dgn stail pengundi cina yg bermuka-muka memberi sokongan kpd BN tapi bila mengundi pangkah lain. Cara begini bukannya bijak, tetapi sebenarnya tidak SETIA dan TIDAK JUJUR. Aku percaya bukan semua pengundi cina begini.

    MCA pernah menunjukkan taat setia kepada rakannya UMNO sewaktu krisis 1999. Apa yg aku harapkan, supaya mereka tidak tamak dan seperti cerita anjing dengan bayang-bayang. Dikejar tak dapat yang dikendung berciciran, mendengar guruh dilangit....air dalam tempayan dicurahkan.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.