Monday, April 15, 2013

Ramai Penyokong Pas Tidak Bersetuju Dengan Calon Pas N43 Dun Sungai Rapat, kenapa?


Semalam sewaktu Sungai Rapat Online membuat tinjauan di kawasan Pinji Perdana dan Pengkalan Pegoh SRO sempat berbual dengan seorang penyokong Pas Kampung Pengkalan Pegoh.

Mungkin beliau tidak mengenali SRO lalu banyaklah yang diluahkan kepada SRO dan luahannya seolah-olah ramai penyokong Pas yang tidak berpuashati pemilihan calon Pas N43 Dun Sungai Rapat.

SRO menamakan beliau adalah Pak Ali, Pak Ali menyatakan Radhi Zainon bukanlah penduduk tempatan beliau adalah orang Kedah yang baru beberapa tahun tinggal di Perak, itu pun tinggal di Simpang Pulai bukannya dalam Dun Sungai Rapat.

Manakala Isterinya adalah orang Terengganu dan beliau sejak akhir-akhir ini disebabkan banyak memegang jawatan, beliau jadi riak tidak bertegur sapa seperti mula-mula beliau datang ke Perak ini.

Sepatutnya ramai lagi calon Pas yang lebih berwibawa seperti pengerusi Jawatankuasa Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Al Barakah Dr. Hj. Ahmad Husni Bin Hj Hassan iaitu abang kepada Ketua Penerangan Umno Bahagian Gopeng Hamdi Hj Hassan.

Beliau merupakan orang yang paling layak daripada Radhi Zainon kerana Hj Husni adalah orang tempatan dan cukup mesra rakyat berbanding dengan Radhi Zainon sombong dan riak.

Yang paling penyokong Pas tidak suka adalah Radhi Zainon sanggup bersekongkol dengan cina kafir PKR iaitu Lee Boon Chye untuk membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat

Mengenai Sekolah Agama Rakyat saya lebih tahu banyak berbanding dengan orang lain kerana saya sentiasa berada di kawasan Taman Desa Aman dan Pegoh Aman.

Pada mulanya Lee Boon Chye bersama Radhi Zainon, Mej(B) Yaakob dan pegawai khas kepada Lee Boon Chye Megat Ikmal bersama 21 penduduk cina membantah pembinaan sekolah Agama Rakyat dan mereka seboleh-boleh mahu YB Dato Hamidah meruntuhkannya semula.

Tetapi apabila sokongan disebelah YB Dato Hamidah semakin bertambah maka mereka tukar strategi dengan mengatakan "kami bukan membantah tetapi kami tak mahu bangunan haram berada ditengah-tengah padang"

Itu ayat yang mereka telah bincangkan sebelum mereka membuat sebarang kenyataan tetapi pada hakikatnya mereka seboleh-boleh mahu SAR itu diruntuhkan.


Tetapi malangnya kata Pak Ali Pengerusi SAR Ustaz Azhar adalah talam dua muka bila berada di sebelah YB Dato Hamidah beliau berpura-pura menyokong pembinaan SAR tetapi bila berada bersama dengan Radhi Zainon beliau berazam mahu menggagalkan pembinaan SAR ini.

Menurut Pak Ali lagi Radhi Zainon nampak saja baik tetapi telah mengarahkan beberapa budak motor untuk menggunting banner ceramah Ustaz Kazim Elias di sekitar Pengkalan.

Jadi kepada pengundi saya berpesan buatlah keputusan yang tepat kerana saya juga tidak akan mengundi Pas lagi, kerana perjuangan Pas kini terlalu jauh tersasar, kata-kata Pak Ali kemudian meminta diri berlalu kerana masih ada urusan yang belum dibereskan lagi.

Agak lama berbual bersama Pak Ali akhirnya Pak Ali memohon mengundur diri.

Pas akan melakukan apa sahaja demi untuk menang N43 Dun Sungai Rapat jika memfitnah itu memang makanan mereka seharian dan kini mereka sanggup melakukan perkara yang jauh lebih jahat lagi mungkin sejahat Stopa Ali


Inilah antara fitnah jijik sejijik video Stopa Ali dan sedang dipraktikkan oleh Pas Gopeng untuk memenangi calon mereka Radhi Zainon dan rakyat sepatutnya menolak fitnah jijik ini ke lubang najis bersama calon Pas. Sedangkan penyokong-penyokong Dato Hamidah sibuk membantu rakyat dan tidak ada masa untuk memikirkan perbuatan jijik ini.

Yang paling menarik lagi hanya beberapa jam sahaja banner ini digantung Pas berjaya memasukkan ke dalam blog mereka sipa dengan menyatakan semua lokasi sedangkan penyokong Dato Hamidah pun belum pun menyedari kewujudan banner ini.

7 comments:

  1. adeyyy..... there are many ways to skin a cat. Modus Operandi UMNO takde class laa... taknak la PAS tiru kome'

    SRO so far dah cuba menyampaikan manifesto BN kepada rakyat SR ke? Tak nampak pun, ke teman yang telepeh pandang? Asyik mengutuk lawan je... kalau naik mentadbir Perak lagi, tak ada improvement, masih di takuk lama la jawabnye. rakyat rugi yeop oii, cube-cube la engage rakyat dgn perbahasan berlandaskan minda cerdik kurniaan Allah tu, ni tak habis-habis dgn hasad dengki, mulut longkang je.... kerja-kerja puji kak midah tu ada la juga bunyi positipnya, tapi muak le pulak teman mbacanye.

    Adik-adik Kak Midah bukannya bodoh, cerdik-cerdik belaka, tapi ramai yang dok berbahas guna emosi. Percaya bulat-bulat propaganda yang belum jelas, ke memang ke situ daya fikir difokuskan.....sayang lah ye, tak guna sepenuhnya keistimewaan kurniaan Allah

    ReplyDelete
  2. Pas Pengkalan PgohApril 15, 2013 at 6:51 PM

    He he he Dah takut ker Hj Husni mahu tanding kerusi N43...tahniah SRO berjaya bawa Pas dalam keadaan huru-hara

    ReplyDelete
  3. Sedangkan video Stopa Ali pun deme tak ngaku lagi pulak pengakuan Pak Ali ini...memang hampas betul

    ReplyDelete
  4. betul tu.. saya org ipoh.. sgat tahu watak mereka. Banyak talam 2 muka.. termasuk yg dapat kontrak tender dari ICU dalam pembinaaan dewan di sekolah-sekolah di Ipoh..

    ReplyDelete
  5. Masa cabut undi di Batu Gajah yang lalu banyak orang Pas dapat sedangkan orang Umno hanya beberapa kerat sahaja yang dapat...tetapi masih sokong kerajaan rejim DAP

    ReplyDelete
  6. Pada pendapatan saya lah kan....kalau diukur mengikut bendera dan sepanduk, BN udah menang di sg rapat.

    ReplyDelete
  7. Radzi tu oghang luor.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.