Thursday, April 18, 2013

Rejim DAP Perak tabur janji beri rakyat RM5,000 jika diberi mandat dua penggal


Rejim cina DAP Perak terus menabur janji iaitu memberi rakyat RM5,000 jika diberi mandat selama dua penggal

Manifesto Pakatan Rakyat Perak janji beri "pinjaman" mikro tanpa faedah sebanyak RM5K kepada rakyat Perak jika dapat mandat.
Adakah rakyat masih boleh percaya sedangkan janji-janji lama tidak ditunaikan?


Kebanyakan kandungan manifesto itu telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri BN sejak mengambil alih kepimpinan daripada pembangkang empat tahun lalu.
Manifesto Gabungan Pakatan Haram Perak yang dilancarkan semalam terus dilihat lebih kepada janji-janji lama yang diubahsuai kepada janji baru yang telah lama dilaksanakan oleh kerajaan BN negeri.

Manifesto itu yang dilancarkan di Hotel Riverfront, Ipoh oleh kepimpinan Pakatan Haram yang diketuai Pengerusi Pakatan Haram Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga dilihat sekadar janji kosong pembangkang untuk menyedapkan hati rakyat.

Antara perkara yang dijanjikan dalam manifesto itu ialah menyediakan skim pinjaman mikro kredit tanpa faedah sehingga RM5,000, pertanian dan industri kecil di kalangan rakyat desa, ibu tunggal, miskin bandar serta orang kurang upaya, pemasangan CCTV ditempat-tempat yang berisiko tinggi berlaku jenayah.

Mengupayakan belia dan wanita antaranya, bantuan sara hidup bagi balu bawah 50 tahun yang tidak bekerja dan tiada pencen suami bagi 4 bulan pertama selepas kematian suami, mewujudkan tabung khas RM3 juta setahun untuk program melahirkan ramai belia tani khusus dalam produk makanan.

Meningkatkan bantuan pelajar ijazah pertama yang memasuki IPTA sehingga RM2,000 kepada anak Perak yang layak, menyediakan caruman Perkeso untuk pegawai masjid, guru KAFA dan Tadika Islam yang berdaftar dengan kerajaan negeri dan komitmen gaji minima RM1100 kepada kakitangan kerajaan negeri dan GLC.

Dalam perkara mensejahterakan rakyat, Pakatan Rakyat juga menjanjikan pemberian air percuma 20 meter padu bagi keluarga yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM1,000 sebulan, komitmen membina rumah mampu milik dengan menyediakan 30,000 unit lot kediaman baharu untuk 5 tahun (2014-2018) dengan membuka kampung tersusun baharu dan mengazetkan tanah untuk komuniti orang asal dan pemberian hak milik kekal kepada keluarga yang layak.

Mereka turut menjanjikan bantuan RM1,000 bagi pengurusan jenazah kepada waris warga keluarga yang layak dan waris kakitangan kerajaan negeri dan GLC.

Pakatan Rakat Perak turut mengulangi janji lama untuk mengadakan pemilihan ketua kampung tradisional dan peruntukan RM250,000 setahun kepada setiap kawasan DUN bagi projek kecil dan program kebajikan rakyat.

Manifesto itu turut menjanjikan peruntukan khas RM2 juta anugerah integriti dan program-pgoram latihan untuk kakitangan kerajaan negeri sebagai usaha untuk membanteras rasuah, menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor awam secara adil kepada semua kaum dan jantina berdasarkan keperluan dan kelayakan, menyediakan tanah yang mencukupi dan sesuai mengikut lokaliti untuk SJK(C) dan SJK(C).

Perkara lain yang dijanjikan ialah menubuhkan tabung pendidikan khas dan pengupayaan belia India dan orang asal dengan peruntukan RM5 juta setahun, mengisytiharkan kawasan Kerian dan Padang Rengas sebagai Bandar Warisan Ilmu Islam dengan peruntukan tetap bagi membina dan menyelenggara beberapa pondok pengajian Islam moden.

Kebanyakan kandungan manifesto itu telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri BN sejak mengambil alih kepimpinan daripada pembangkang empat tahun lalu.

7 comments:

  1. Kenapa tak kata 10 penggal terus, senang rakyat penggal kepada cina DAP

    ReplyDelete
  2. Untuk menjadi hamba sememang nya aku setuju diberikan 5000 tetapi nanti lhat lah apa yang akan dap ambil sebagi gantian atas pelaburan 5000 jika bukan tanah menajdi status 999 tahun .

    Masa itu menyesal tidak sudah lah puak puak melayu !!!!

    ReplyDelete
  3. Selesaikan dulu isu tanah 999 tahun yang dah bagi kepada Cina DAP tu baru le cakap pasal manifesto wahai Pikio R..Kome Lupa ke salah sorang orang kuat Pikio R kata "MANIFESTO bukan JANJI" yeop oiii..
    Manifesto Ke Ayor Mani yop Nizar oiiii..

    ReplyDelete
  4. Webportal berita edisi percuma tanpa perlu melanggan

    Freemalaysiakini2.com

    ReplyDelete
  5. Ada lagi ke yg DUNGU yg percaya janji PKR... Lihat selangor lah.. Ada duit 2.6b utk di simpan. Sampah dan rumput pun tak terjaga. Duit tu patut beri semula pada rakyat bukan nak show off!

    ReplyDelete
  6. ha ha ha mcm org giler ...aku ada duit ahhhh ko ader...xder kannn ha ha ha tu lah dia PR bangga ada duit. mmg la berduit kalo tak di belanja. itu bukan pandai tp pandir...mcm pak pandir

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.