Thursday, April 11, 2013

Senarai Calon BN Akan Diumum Minggu Ini - PM


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dijangka diumumkan minggu ini.

Beliau berkata, ini kerana proses memuktamadkan senarai akhir calon parti itu masih belum selesai.

"...belum selesai. Akan diumumkan beberapa hari lagi," katanya kepada pemberita selepas program perjumpaan Pengerusi BN Bersama Jentera Parti di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.

Najib, yang juga Pengerusi BN berkata, proses pemilihan dan pembahagian kerusi untuk PRU-13 akan mengambil kira keputusan pilihan raya umum 2008 dan keadaan demografi semasa di setiap kawasan bagi menjamin kemenangan parti.

"Pada asasnya, kita gunakan pencontoh 2008 dengan sedikit penyesuaian mengikut keputusan pilihan raya umum 2008... bagaimana BN hendak kukuhkan peluang untuk menang," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.