Monday, April 22, 2013

Siapa Di Belakang Mior Black Ahli Umno Yang Bertanding Calon Bebas?

MIOR AZMAN  MIOR ARIS

Lawan Mior di Sungai Rapat ialah Dato' Hamidah Osman (BN) dan Radzi Zainon (PAS) jumlah pengundi ialah 42,873 ( Melayu 59 %, Cina 30%, India 10% dan lain-lain 1%).

Mior adalah ahli Umno yang sah dan sebelum ini merupakan ahli Pkr, menyertai semula Umno bersama Hamdan Taha yang juga menjadi bossnya. Kini freelance photojournalist and PH Photographer & Team Building. Banyak bekerja dengan pejabat SUK, IDR, YBU dan Perak News dan orang penting di bawah SUA Nizam Isa dan Hanafiah Man.





Bertanding atas tiket bebas dan berkemungkinan ada kaitan dengan video protes oleh AJK Umno Bahagian Gopeng yang Temubual eksklusif bersama Nordin Hamid, AJK UMNO Bahagian Gopeng yang disiarkan dalam facebook beliau seperti gambar di atas.

Sebelum ini Mior sering mengkritik Hamdan Taha dan kepimpinan Dato Hamidah Osman dalam laman facebook beliau dan akhir-akhir ini sering mengkritik Umno dan program Umno. Dato Hamidah sebelum ini banyak berjasa dan membantu beliau dari segi kerja agar dapat terus hidup.

Segala tindakan Mior langsung tidak mengejutkan banyak pihak kerana tindak tanduk beliau mudah dibaca. Beliau sering mengeluh kerana kesempitan kewangan dan pernah mengadaikan telefon blackberrynya untuk membeli makan anak bini.

Sebagai negara berdemokrasi Mior boleh bertanding dimana sahaja yang belaiu mahu tetapi perlu diingat sebagai ahli Umno, beliau sudah bersedia untuk dipecat dan kemungkinan beliau pun sudah balik semula ke pangkuan PKR parti Anwar Ibrahim.


Entri ini diambil daripada Blog Taipingmali

3 comments:

  1. ..Moto parti dia..Jadilah dirimu pepohon yang rendang supya org lain boleh berteduh,,,,Hahahahaa lawak lawakkk...Diri dia sendiri pun nak kena tolong..ada hati nak 'menolong' orang konon..Tolong tengok bole laaa Meor...Miker dengan mmber ketat pgrm motivasi kamu boleh pergi terjun dengan labulabunya...Ni sume perangai orang yg kecewa bila mulut tidak disumbat..Berusaha laa usah mengharap orang lain atau gomen wehh..Gomen banyak keja nak buat bukan nak layan komer ajee...Kawan kamu yg pandai bg motivasi tu idak negor kamu ke atau pun dia pun same jeee..

    ReplyDelete
  2. ..aku yang selalu ikut dia ni dlm FB setahun dua dulu pun dah dapat baca agenda mamat nihh..Mmng betul laa...Orang macam ni umpama lalang..Kakak dia pernah sama keja ngn aku...Dan aku tak halalkan titik peluh aku yg dia perah tanpa dibayar sesen pun semasa dia cuti bersalin sedangkan dia sedap2 makan duit tu...

    ReplyDelete
  3. korang x kenal siape yg sebenornye mior azman ni....klu korang kenal di korang faham perjuangan dia korang akan tabik dia....aku dah lama kenal & berkawan dgn dia....diri korang sendiri pun x betol nk kate org...beranikah korang jadi mcm dia, berani ke korang bertanding mcm dia????

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.