Thursday, April 25, 2013

Tajol Rosli Pecah Rahsia Besar Kerajaan Negeri Perak





Tan Sri Dato Seri Tajol Rosli hari ini telah memecahkan rahsia besar bahawa beliau terlalu terhutang budi kepada Dato Hamidah kerana berjaya mengembalikan kerajaan di negeri Perak ke pangkuan Barisan Nasional.

Menurut Tan Sri Tajol beliau mendapat panggilan bahawa Dato Hamidah akan berjumpa dengannya dirumah. Sebaik sahaja Dato Hamidah berada dihadapan rumahnya beliau bersama adiknya dan YB Jamaluddin Radzi sudah berada di halaman rumahnya.

Beliau memberitahu saya bahawa YB Jamaluddin sudah menyatakan kesediaan akan menyokong kerajaan Barisan Nasional bersama dua lagi rakannya.

Itulah detik yang paling mengembirakan saya pada 26 Jan 2009 dimana kerajaan negeri Perak dapat berfungsi semula dibawah kerajaan Barisan Nasional.

Sepatutnya bukan saya seorang sahaja perlu berterima kasih malah kesemua pemimpin UMNO/BN negeri Perak, kerana Dato Hamidah berjaya membawa satu harapan dan sinar yang menjadikan semua pemimpin Umno/BN 'bernilai'. Jika tidak kita hanya sebagai pembangkang sahaja yang tiada nilai, kata Tan Sri Tajol

Ini merupakan kempen pertama yang saya hadir selain kawasan Gerik kerana saya mahu membantu Dato Hamidah supaya beliau menang dengan cemerlang, kata Tajol lagi ketika ditemui di surau Kg. Jelitung Simpang Pulai.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.