Monday, April 15, 2013

Taktik Kotor Calon Pas N43 Dun Sungai Rapat Ala Spenda Stopa Ali Dikesan


Satu tinjauan telah dilakukan oleh jentera Barisan Nasional PRU13 malam tadi mendapati lebih 10 banner bertajuk "Kami tetap Sokong Dato' Hamidah Osman" di pasang di lebih 10 lokasi lalaun masuk ke rumah beberapa pemimpin Umno Gopeng.

Tinjauan mendapati banner tersebut dipasang di laluan masuk ke rumah Ketua Umno Bahagian Gopeng Dato Hamzah Kassim sejumlah dua banner.

Tujuan Pas Dun Sungai Rapat tidak lain tidak bukan adalah untuk melaga-lagakan pemimpin Umno Gopeng sebelum senarai calon diumumkan esok.

Bagi Pas dengan membuat banner fitnah tersebut, mereka beranggapan akan ada pemimpin Umno yang lain akan melenting marahkan penyokong Dato Hamidah atau Dato Hamidah sendiri kemudian berlakulah perselisihan faham sehingga melakukan unsur-unsur sabotaj.

Bagi orang umno sendiri mereka tidak pernah terlintas dan tergamak melakukan kerja kotor begini ala-ala Spenda Stopa Ali kerana mereka tahu hati pemimpin perlu dijaga bukan seperti Pas mempertahankan pemimpin berzina.

Esok satu laporan polis akan dibuat oleh Dato Hamidah sendiri bagi membolehkan pihak polis menyiasat dengan terperinci siapa dalang dan dajal yang melakukan perbuatan fitnah ini.

Sejak video Stopa Ali di tayangkan seluruh dunia ramai diantara penyokong Pas sudah muak dengan pemimpin mereka, kerana bila berhadapan dengan mereka, perkataan Islam tidak pernah lekang dari mulut mereka tetapi bila dibelakang mereka, pemimpin tersebut menjadi syaitan yang paling durjana.

Beberapa penyokong Pas du Dun Sungai Rapat kini mula menyokong Barisan Nasional kerana mereka bimbang jika mereka terus menerus menyokong Pas mereka juga akan terpalit dosa besar sehingga ke mati.

Akibat terdesak inilah Pas Dun Sungai Rapat melalui Tim media pembangkang Perakite telah membuat berbagai rancangan jahat  dan taktik kotor untuk mengalahkan calon Barisan Nasional kerana bagi mereka kononnya hanya taktik kotor sahajalah  mereka mampu menang jika tidak mereka akan mengalami kekalahan paling teruk daripada tahun 2004.

Walaubagaimana pun pihak Media Barisan Nasional akan sentiasa memantau rancangan jahat mereka dari masa ke semasa sehingga tiba hari mengundi pada 5 Mei 2013.



0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.