Sunday, April 21, 2013

(Video)Tanpa Menoleh KeBelakang Dato Hamidah Memulakan Kempennya Di Taman Song Choon



Taman Song Choon bukan asing lagi bagi Dato Hamidah Osman, banyak kali beliau turun ke Taman ini utnuk menyelesaikan pelbagai masalah seperti lesen pasar malam dan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan Majlis Bandaraya Ipoh(MBI)

Malam ini merupakan kempen Dato Hamidah yang pertama selepas penamaan calon. Tanpa menoleh kebelakang Dato Hamidah terus turun padang berjumpa rakyat.

Rata-rata penduduk Taman Song Choon yang majoriti cina sudah biasa dengan Dato Hamidah kerana beberapa kali Dato Hamidah turun membuat program bersama mereka.

Dalam pemerhatian Sungai Rapat Online penerimaan pengundi cina terhadap calon Barisan Nasional semakin bertambah kerana faktor Dato Hamidah rajin dan kerap turun padang berjumpa mereka.

Sambil bersalaman dengan para peniaga Dato Hamidah turut memberikan risalah mengenai kerajaan Barisan Nasional.

Esok terdapat 10 tempat siri kempen akan dihadiri oleh Dato Hamidah.






1 comment:

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.