Sunday, April 7, 2013

Terkini Di Lahad Datu: Barang peribadi pengganas ditemui


Meskipun sudah hampir seminggu penduduk Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu di sini, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing namun barang-barang tinggalan pengganas Kiram masih lagi boleh ditemui di dua kawasan tersebut.

Antara barang-barang yang ditemui penduduk ialah barangan peribadi seperti baju dan seluar yang ditinggalkan dalam rumah mereka.

Seorang penduduk Kampung Tanjung Batu, Isa Amiril, 50, memberitahu, apabila pulang ke rumahnya kelmarin dia menemui baju pengganas yang mempunyai lambang Kesultanan Sulu dan dipenuhi darah.

"Baju itu saya bakar kerana tidak ada gunanya untuk saya simpan. Tambahan pula baju itu dipenuhi kesan darah yang mungkin boleh menyebabkan jangkitan kuman kepada keluarga saya.

"Alhamdulillah rumah saya tidak terbakar atau rosak teruk. Cuma pengganas menyelongkar almari dan mengambil pakaian yang elok-elok.

"Mungkin untuk menggantikan pakaian mereka yang kotor atau memudahkan mereka menyamar bagi melarikan diri dari pihak berkuasa," katanya kepada media

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.