Thursday, May 2, 2013

13 laporan Polis Telah Dibuat Terhadap Pas Sungai Rapat Termasuk Kepada Ali Bin Hussain



13 laporan polis telah dibuat oleh pemantau pilihanraya daripada Barisan Nasional  terhadap keganasan penyokong Pas yang sengaja mengoyak poster/billboard gambar calon Barisan Nasional Dato Hamidah Osman sejak kempen pilihanraya dimulakan.



Satu Laporan Polis telah dibuat terhadap seorang blogger Pas dan juga Ketua Pas Cawangan Kampung Sungai Rokam dan calon Pas Dun Sungai Rapat Radzi Zainon kerana telah membuat provokasi di rumah ketua kampung Sungai Rokam Haji Yahya. Mereka berdua dikatakan telah memaki hamun Tuan Haji Yahya kerana dengan laporan polis, SPR telah membuka poster provokasi mereka.

Blogger dan juga ketua Pas cawangan yang paling tua dan paling ganas telah datang ke rumah Tuan Haji Yahya kononnya untuk berkempen tetapi telah membuat provokasi terhadap Ketua Kampung Sg. Rokam.

Laporan tersebut dibuat oleh Tuan Haji Yahya sendiri dengan memasukkan nama Ali Bin Hussain dan Radzi Zainon sebagai pencetus provokasi.

Sementara itu laporan keganasan juga telah dibuat sebanyak 5 laporan di Batu Gajah dan selebihnya di kawasan Kg Sungai Rokam dan kawasan Medan Gopeng.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.