Wednesday, May 1, 2013

'Anwar Ibrahim memang Sah Tibai Belakang Anak Saya' - Azlan




Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini menarik semula kenyataannya pada 8 Mac lepas yang mendakwa insiden liwat ke atas anaknya oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan konspirasi politik.

Menurut Azlan, tindakan beliau mengeluarkan kenyataan tersebut ekoran terpedaya dengan desakan sesetengah pihak.
"Kesedaran ini timbul dari diri saya sendiri. Saya membela anak saya dan secara tiba-tiba saya mengkhianati sumpah beliau (Saiful). Saya termakan hasutan beberapa pihak Anwar Ibrahim untuk membuat sidang akhbar pada 8 Mac," katanya kepada pemberita di Ibis Styles Hotel, Balakong, hari ini.

Tambah beliau, tindakannya menarik kembali kenyataan tersebut disebabkan oleh sumpah laknat yang telah dilafazkan oleh beliau dan anaknya sebelum ini disamping ingin mengeratkan semula hubungannya dengan Saiful yang dikatakan renggang selepas beliau mengeluarkan dakwaan itu.

"Keutamaan serta tanggungjawab saya ketika ini adalah kembali kepada keluarga saya. Saya telah kembali ke pangkal jalan.

"Perlu diingat saya dan anak saya pernah sumpah laknat di Masjid dan saya takut disumpah. Saya berjanji akan membela anak saya sampai bila-bila pun," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengisytiharkan untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa hari ini, 1 Mei 2013 dan tidak akan menyertai mana-mana parti politik selepas ini.

5 comments:

  1. Alhamdulilah....ALLAH MAHA BERKUASA....akhirnya bapa saiful mengaku....

    ReplyDelete
  2. Lalalalala....duit punya pasal sanggup khianat anak sendiri, takut pulak kena mkn sumpah..Jgn buat main2 dgn sumpah, kelak kena mkn sumpah. Sbb tu c anugay x berani nak sumpah, sbb dia tahu dia buat...lain kali fikir dulu sblm buat keputusan. Jgn sbb duit, segalanya lupa...apa punya bapak la...

    ReplyDelete
  3. Dulu caya. Sekarang dah flip flop. Tak tau mana satu betul.

    ReplyDelete
  4. Macam ni laagi takut si stopa ali nak bersumpah!!!

    ReplyDelete
  5. anon 10:23

    Keliru? Nak tahu mana satu yang betul, tanya pada Saiful sebab punggung dia yang kena hantam..

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.