Thursday, May 16, 2013

Anwar mahu serah bukti penipuan p'raya pada Obama Supaya US Serang Malaysia Macam Iraq


Dalam diam rupa-rupanya Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mahu Malaysia diserang oleh Amerika seperti yang berlaku di Iraq.


Anwar Ibrahim mencanang seluruh demostrasi jalanannya bahawa beliau akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Berucap dalam Himpunan 'Black 505' di Kuantan semalam, Anwar berkata beliau bersama Lim Kit Siang mahu kuasa besar itu menyerang Malaysia seperti yang berlaku di negara Islam Iraq.

"Walaupun persahabatan Malaysia dengan Amerika dilihat baik tetapi saya nak beritahu kepada Presiden Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq kan?, kata Anwar.

"Saya nak beritahu kepada Amerika, kita akan beri bukti penipuan dan (kita) nak tengok kamu akan buat apa. Malaysia ini dimenangi oleh Umno pada pilihan raya baru-baru ini, bukan sahaja dengan undi rakyat Malaysia, tapi undi Banglasia," kata Anwar.

Kira-kira ribuan hadirin yang dihadir di markaz PKR di Jalan Beserah malam tadi rata-rata kaum cina sudah bersedia untuk membuat demonstrasi yang lebih besar dalam masa terdekat di Kuala Lumpur dan seterusnya mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan atau berhadapan dengan tindakan pembangkang.

Anwar Ibrahim terlalu cemburu apabila mendapat tahu laporan Bernama bahawa Obama menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 untuk terus menerajui Malaysia.

Dalam panggilan mengejut itu, Obama menyatakan beliau faham dengan kerenah pembangkang dan menerima proses dan keputusan PRU13 baru-baru ini di Malaysia.

Laporan yang memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu menyebut, Presiden AS itu turut diberi taklimat mengenai usaha kerajaan Malaysia untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil.

Dalam ucapannya juga, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menuduh dengan niat jahat dan menghasut orang ramai bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwanya menerima dakwaan undi bukan warganegara Malaysia sebagai "perkara biasa".
"Sebab itu, saya katakan nak selamatkan negara ini, pertama sekali yang perlu undur, (Pengerusi) SPR mesti diberhenti sekarang juga," katanya yang turut disambut dengan sorakan oleh ribuan kaum cina.

Ini merupakan satu perbuatan menghasut yang paling bahaya dan Datuk Seri Mohd Zahid Hamidi yang menjadi menteri KDN yang baru sepatutnya sudahpun menahan Anwar Ibrahim tetapi sehingga kini Anwar Ibrahim masih lepas bebas. 

9 comments:

  1. JIKA BENAR OBAMA DAPAT DIPERBODOH OLEH ANUAR, nak tanya Anuar. Serangan tu boleh memilih ke sasaran untuk mengelak terkena penyokong sendiri?

    ReplyDelete
  2. Tunggu jap yeaaa.....saya nak buat presscon....

    ReplyDelete
  3. tak menghairankan nuwar memang sanggup melakukan apa juga untuk menjahanamkan Malaysia......buatlah nuwar,,kami akan mempertahankan negara dari perang yang kau cipta.

    ReplyDelete
  4. Zahid baru dilantik...lps ni tangkap masuk peti sejuk..anuar dan batu api cap flinstone Hishamuddin Rais..

    ReplyDelete

  5. Merujuk kepada berita di http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/5/14/nation/20130514200718&sec=nation, Barack Obama surprises Najib with personal call over GE13 victory Tuesday May 14, 2013, saya amat berharap YAB PM, Datuk Seri Najib Tun Razak, amat berhati-hati dengan “talam dua muka” kerajaan Amerika Syarikat yang amat berbahaya, dan sekutu kuatnya, Britain-MI5/ Peranchis/Jerman/NATO. Kerana, CIA-US dari zaman Bush hingga ke Obama, telah dan masih menyokong Anwar dan terutamanya DAP, seperti yang dilapurkan di http://landdestroyer.blogspot.de/2013/05/us-pivot-toward-asia-trips-in-malaysia.html, US "Pivot" Toward Asia Trips in Malaysia, by Tony Cartalucci, May 8, 2013.

    Oleh kerana, kaum Melayu dan Bumiputera terutamanya dari UMNO/BN amat membela YAB PM, maka Obama tahu dia telah kalah buat masa sekarang, dan di dalam keadaan huru-hara di Malaysia oleh pembangkang, sekarang Obama-CIA cuba pula bersandiwara seolah memihak kepada YAB PM. Tetapi saya percaya, mereka ini yang amat bencikan hak, identiti dan semangat nationalisme kaum Melayu dan Bumiputera lain, serta UMNO/parti Bumiputera lain serta Islam sebelum ini, tidak akan sewenang-wenangnya berganjak dari menyebelahi Anwar, DAP dan PKR, malah akan bermain sandiwara “talam dua muka” yang amat berbahaya kepada bangsa, agama dan Negara tecinta yang telah merdeka.

    Obama/US-CIA/MI5-UK/Peranchis/Jerman/NATO dengan sewenangnya membunuh orang Islam di negara-negara Islam seperti Libya, Yemen, Pakistan, Iraq, Afghanistan dan Syria, samada dengan Drones ataupun penjajahan yang sungguh ganas seperti di Iraq, Libya dan Syria. Termasuk melatih dan mempergunakan pengganas-pengganas ‘jihad’ yang kononnya beragama Islam - bahkan saya percaya, pengganas Sulu di Sabah adalah dari biayaan CIA-US. Bahkan rejim-rejim boneka Barat ini seperti Arab Saudi-Qatar/Turki/Jordan/Afghanistan menghalalkan keganasan dan penjajahan Barat ini – maka penjajah Barat ini telah berjaya memecahbelahkan orang-orang dan negara-negara Islam. Di Malaysia, penjajah Barat ini juga amat berdendam dengan kehilangan kuasa syarikat minyak-gas mereka di Sabah dan Sarawak oleh Petronas, sejak Petronas ditubuhkan dengan begitu bijaksana oleh arwah bapa PM sendiri, YAB Allahyarham Tun Adul Razak Hussein. Di samping itu, pengkhianat Pembangkang terutamanya DAP dengan sekutu Baratnya, saya amat mengesyakki, ingin mendapat satu lagi “Singapura” di Malaysia Timur yang amat kaya dengan minyak-gas, di masa hadapan.

    Oleh kerana itu, segala langkah CIA-US/MI5-UK/Peranchis/Jerman/NATO mesti diteliti dengan penuh berhati-hati oleh YAB PM dan UMNO/BN. Saya juga percaya, sekiranya kita mengkaji sejarah CIA-US/MI5-UK yang ganas kepada “Dunia Ketiga dan pemimipin-pemimpin Kemerdekaan yang penuh semangat nationalism adalah satu kenyataan yang bukan konspirasi. Oleh kerana itu, saya cadangkan pusat perisikan Malaysia juga mempunyai para akademik dan pemimpin-pemimpin UMNO/BN/NGO (termasuk bekas pemimpin) yang benar-benar nationalisme sebagai penasihat.

    Update: Nampaknya Anwar dan Obama-CIA terus bermain sandiwara, seolah orang Melayu/Bumiputera dan UMNO/BN 'bodoh' belaka. Semalam, tiba-tiba dilapurkan kononnya Anwar menghina Obama; hairan pula! Sedangkan, dia ditanggung oleh CIA-US! Maka, kerana Anwar, PKR dan DAP telah dibuktikan di tanggung oleh CIA-US, hasil kajian Tony Cartalucci seperti di atas (CIA di belakang rejim US dalam segala urusan), maka mereka terus bersandiwara untuk memerangkap rakyat Malaysia - kononnya mereka bermusuh dengan Obama! Maka, kita sebagai rakyat Malaysia yang cerdik, janganlah terperangkap dengan sandiwara yang amat rakus dari dalang-dalang penjahanam negara tercinta kita ini, samada dari pengkhianat negara, Anwar, PKR dan DAP, mahupun talam dua muka Obama-CIA-US dan sekutu-sekutu penjajah Baratnya!


    Noor Aza Othman.

    ReplyDelete
  6. Dah lama dah dia menipu dan terus menipu. Tapi pelik bila ramai jugak orang di Perak yang bodo dan percaya mangkuk ni.

    ReplyDelete
  7. nampaknya anwar kena bayar balik wang pelaburan bos2nya di US dgn minyak kat Malaysia. tapi dia tak dapat jadi PM, hanya setakat 'Pornstar Minister', apa lagi cara yg tinggal?

    NGO ABU nak merusuh dah ditangguhkan pulak, dah terasa kecut le tu, jadi cara senang mintak bos US serang ajelah Malaysia. anwar, anwar, mmg otak dah 'blackout' ...

    ReplyDelete
  8. Bodo sangatkah Anwar nak suruh US serang Malaysia,kalau betul cerita-cerita ni susah nak jawab di Pdang Masyar nanti di dunia apa pun kita boleh kata tipu undi pun tak pa tapi depan Allah SWT nanti nak jawab apa duit gaji dan elaun yang rakyat bagi halal ka haram kita makan DUNIA kita menang AKHIRAT tak tau lagi kerana brim Islam diletak bawah tapak kaki Mimpikan Brim RM1200 sanggup lihat anak muda yang bergelar siswa siswi menanggung bebanan hutang. Fikirkan lah nasib mereka dan orang susah di kampung yang semakin dihimpit penindasan. Pemimpin hidup mewah dengan wang komisen berjuta rakyat diberi BRIM Rm500

    ReplyDelete
  9. Obama tak layan orang gay macam Anuar la

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.