Friday, May 17, 2013

Anwar Tetap Mahu Adakan Demonstrasi Di Padang Kota Walaupun Tidak Mendapat Permit


Anwar Ibrahim tetap mengarahkan kuncu-kuncunya untuk mengadakan demonstrasi secara besar-besaran di Padang Kota Lama malam esok.

Ini ekoran Pulau Pinang merupakan negeri yang paling ramai pengundi Cina DAP dan Anwar Ibrahim serta Lim Kit Siang tidak akan lepaskan peluang itu.

Sebelum itu pihak polis menegaskan ceramah Pakatan Rakyat yang dicadang diadakan di Padang Kota Lama di sini malam esok tidak mendapat kelulusan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihak polis telah menolak permohonan untuk mengadakan ceramah itu kerana lokasinya adalah tempat tumpuan awam dan penganjurannya dibimbangi akan mengganggu ketenteraman orang ramai sekali gus mengundang kesesakan lalu lintas yang teruk.

Beliau berkata, permohonan untuk menganjurkan majlis itu juga tidak mematuhi tempoh yang sepatutnya.

"Pihak penganjur mengemukakan permohonan sebelum 10 hari berlangsungnya program itu iaitu pada jam 2.10 petang Rabu lalu. Namun kita masih memberi peluang untuk mereka berbincang dan penjelasan terperinci telah kita berikan.

"Bagaimanapun mereka tetap mahu meneruskan perhimpunan itu," katanya di sini, hari ini.
Ceramah dijangka bermula jam 8 malam sehingga tengah malam dan akan dihadiri paling ramai kaum muda cina untuk bersama-sama Anwar Ibrahim bagi mendengar hasutannya.

Anwar yakin Malaysia Spring pasti akan terjadi kerana penglibatan kaum muda cina dalam setiap demontrasinya agak luar biasa.

Walaupun hampir 1000 laporan polis telah dibuat namun Anwar Ibrahim tetap bebas menghasut dengan bergaya dan jika ini dibiarkan pemerintahan Malaysia sekarang pasti tumbang dengan hanya demonstrasi jalanan sahaja.

6 comments:

  1. Kalau tak ada tindakan memang bacullah PDRM.

    ReplyDelete
  2. Penyokong BN Bagan DatokMay 17, 2013 at 9:26 PM

    Aku cabar Zahid Hamidi tangkap Anwar Ibrahim !!!

    ReplyDelete
  3. udah udah la abg non..sian kamu ni..mcm mana nk jd pemimpin kalu mcm nie.

    ReplyDelete
  4. takpa...biaq pi depa buat kat penang...sebab penang DAP pegang...lagipun situ banyak cina...klu nak jahanam pun tempat tu...cina yang rugi...

    jgn dok buat kat shah alam dah la....

    ReplyDelete
  5. aku sokong kaw 200%!

    ReplyDelete
  6. Berani kerana benar takut kerana salah sebab tu puak-puak UMNO ni dok gelabah biawak majoriti rakyat menyebelahi anwar Hidup anwar tegakkan kebenaran

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.