Saturday, May 11, 2013

Anwar Wajar Ditangkap dan Di Tahan Kerana Melakukan Berbagai Jenayah Jalanan - SPR



Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan jenayah jalanan termasuk jenayah  demokrasi apabila didakwa mengajar rakyat Malaysia terutamanya generasi muda menolak keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Ahad lalu.

Katanya, Anwar secara jelas menggunakan demokrasi sebagai platform untuk menjahanamkan masa depan negara, paling menyedihkan apabila beliau menanamkan sikap buruk itu dalam kalangan generasi muda yang belum layak mengundi.

''Saya difahamkan ada anak muda yang datang ke perhimpunan haram di Kelana Jaya Rabu lalu, masih belum layak mengundi dan tidak faham tentang undang-undang pilihan raya.

''Tetapi Anwar telah merosakkan pemikiran mereka dengan membuat pelbagai tuduhan jahat, fitnah yang amat dahsyat sehingga merosakkan amalan demokrasi di negara ini,'' katanya lagi.

Sambil menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab, Wan Ahmad berkata, tindak-tanduk seumpama itu juga akan mencacatkan kesinambungan amalan demokrasi di Malaysia selain mendidik generasi muda supaya membelakangkan undang-undang sekali gus menentang Perlembagaan Negara yang memperuntukkan keluhuran undang-undang sebagai salah satu elemen penting.

Beliau yang kesal dengan sikap buruk Anwar itu juga tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ketua pembangkang itu kerana melakukan fitnah yang melampau terhadap SPR dengan pelbagai dakwaan palsu berniat jahat untuk mengelirukan rakyat Malaysia.

Katanya, Anwar dan pembangkang sepatutnya menunggu keputusan PRU-13 diwartakan dan memfailkan petisyen pilihan raya jika mereka benar-benar tidak berpuas hati dengan keputusan yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang diberi mandat untuk meneraju kerajaan.

''Semasa di mahkamah nanti bentangkan bukti, kemukakan saksi, bariskan peguam-peguam pembangkang yang hebat-hebat belaka. Kalau kalah juga, buat rayuan sampai ke peringkat tertinggi. Bukannya dengan cara membuat perhimpunan semata-mata untuk mengelirukan rakyat dan menabur fitnah,'' katanya.

Wan Ahmad turut melahirkan kebimbangan tentang masa depan generasi muda kerana pemikiran mereka terlalu mudah meresap dakyah-dakyah jahat Anwar dan pembangkang sehingga akhirnya membentuk satu generasi yang tidak percaya kepada demokrasi tulen.

''Generasi ini akan percaya bahawa penganjuran perhimpunan haram, penyebaran fitnah tanpa batasan dan tuduhan-tuduhan jahat adalah amalan demokrasi yang perlu dijunjung. Mereka terpengaruh dengan dakyah Anwar yang hakikatnya bertujuan menghancurkan masa depan negara serta merosakkan sistem yang telah diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan,'' katanya.

Beliau kesal kerana keengganan Anwar menerima hakikat bahawa pakatan pembangkang tidak dipilih sebagai peneraju kerajaan telah menyebabkan beliau bertindak di luar kewarasan akal serta mengheret rakyat sehingga ada anak muda yang tidak tahu apa-apa turut terjebak.

Katanya, akibat terlalu obses mahu menjadi Perdana Menteri, Anwar menjadi manusia tidak bertanggungjawab sehingga sanggup menganjurkan siri perhimpunan yang bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam malah merosakkan pemikiran rakyat, justeru beliau selayaknya digelar penjenayah demokrasi kerana membunuh sistem yang telah menyebabkan kerusi dimenangi pakatan pembangkang bertambah.

28 comments:

  1. BODOh kalau dah kalah terima ajer ler.... Tengok Sabah dan Sarawak masih sayngkan BN...terima kasih Sabh,Sarawak dan Johor....kerana terlalu setia dengan BN.

    ReplyDelete
  2. Kasi tanam hidup-hidup jer manusia durjana ni.

    ReplyDelete
  3. dah patut dianya ditangkap, bukan sekarang malah dari dulu lagi. jangan asyik memesan, memberikan peringatan dan amaran. dah CUKUP dan rentikan cakap. it's time for action. usah dibiarkan penyakit menjadi parah. semua orang tau dan semua orang bercakap tentang tujuan sebenar dia, malah sebelum pilihanraya lagi. apa nak tunggu lagi? belum cukup bukti lagi? nak tunggu bukti macamana lagi? nak tunggu sehingga berlakunya rusuhan besaran dan jiwa terkorban? lakukanlah sesuatu untuk mengembalikan keyakinan rakyat bahawa negara punyai undang undang.

    ReplyDelete
  4. setakat komen berapi aje tak ada gunanya selagi yang memimpin KDN tidak diUBAH

    ReplyDelete
  5. Sapa yang brani tngkap Nuar kalo sume org2 politik pun ada skandal msing2. KP yang pening, nk tangkap ada kekangan dr KDN n menteri baculnya! Lantik Musa Hassan jd senator n bagi dia jd mnteri KDN baru pdn muka Nuar lahabau tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musa tak mau tskot jadi musang...tak boleh harap...

      Aku setuju ts rahim noor jadi menteri kdn. Dia sumbat nuar dan lain2 dlm penjara....

      Idea aku mampos najib tak terima....najib mudah lost dlm ideals nya sendiri...tengok la dia tabor kat china baru2 ni. Dak tu ada satu keldai pulak nak panggil dap join bn...

      Macham2 umno ni..tak kena gayanya gulong tikar pru 14....

      Delete
  6. dah jd darah daging! wajar diperiksa tahap kestabilan mental!

    ReplyDelete
  7. mohon ada penguatkuasaan undang undang.
    tiada guna undang undang jika tidak dikuatkuasakan
    janganlah bagi peluang warganegara yang tidak hormatkan undang undang negara ini memperlekehkan kewujudan undang undang itu.
    ini bukan drama atau cerita, juga bukan undang undang kartun, ianya diwartakan.

    ws

    ReplyDelete
  8. Syabas Datuk Wan Ahmad dan SPR. Jawapan yang tegas sebegini amat dinanti-nantikan. Sememangnya SPR perlu mengambil tindakan undang-undang atas fitnah melampau yang dilemparkan oleh Anwar, LKS, Mat Sabu dan yang lain-lain terhadap SPR selama ini. Jika SPR terus berdiam diri, segala kata-kata dan tuduhan melampau yang diungkapkan oleh mereka akan diterima sebagai kebenaran oleh rakyat, khususnya anak-anak muda. SPR tidak boleh berdiam diri. SPR telah difitnah dengan begitu dahsyat. SPR perlu mengambil tindakan undang-undang. Saman mereka yang cabul tapi bacul ini. Jangan biarkan mereka terus menghasut dengan tuduhan yang direka sesuka hati. SPR mesti cepat bertindak.

    Tahniah dan terima kasih SPR.

    ReplyDelete
  9. SIALAN NI PATUT MASIH DISG BULOH ,KESAL DIBEBASKAN -PENYAGAK MELAYU YG TERAMAT HINA DAN KOTOR , TANGKAP BALACI DAP ,SIAPA MELAYU YG PALING SAMPAH -ANUAR IBRAHIM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kabar angin pulak ada satu mangkok dengar chakap emak lepaskan bangsat tu...

      Delete
  10. Katanya, Anwar dan pembangkang sepatutnya menunggu keputusan PRU-13 diwartakan dan memfailkan petisyen pilihan raya jika mereka benar-benar tidak berpuas hati dengan keputusan yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang diberi mandat untuk meneraju kerajaan.

    ''Semasa di mahkamah nanti bentangkan bukti, kemukakan saksi, bariskan peguam-peguam pembangkang yang hebat-hebat belaka. Kalau kalah juga, buat rayuan sampai ke peringkat tertinggi. Bukannya dengan cara membuat perhimpunan semata-mata untuk mengelirukan rakyat dan menabur fitnah,'' katanya.

    Kawasan yang ditandingi DAP kesemuanya TAK SAH ---- ROS

    ReplyDelete
  11. Menteri akan kalau memegang jawatan yg sama kali ini pun terus akan ambil tndakan,akan disiasat dan terus akan akan akan ?????????????? jawapannya oooooooooooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno mana reti nak chari menteri kdn yg berkesan...pilih member2 je...

      Delete
  12. SPR tak payah berpolitik. Buat kerja ikut undang-undang. Apa ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setujuuu....bila pula spr jd kdn nii...pelik sungguh....

      Delete
  13. Kemungkinan besar Anuwar melakukannya kerana dipaksa oleh penaja2 beliau yg mungkin banyak terdapat di luar negara..

    ReplyDelete
  14. Perkara yang sama telah lama diperkatakan. Sekarang dah letih nak cakap lagi. Nampaknya kalau pihak bekuasa masih gagal nak bertindak, nanti akan ada orang yang lebih bertanggung jawab pula akan bertindak. Pada masa tu janganlah sibuk pulak nak beritahu jangan membelakangkan undang-undang. Masa tu mereka akan jawab letak undang-undang didepanpun hangpa tak boleh buat apa-apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemon...malaysia bolehland...dap yg hina melayu dah tu ada kaldai hitam mana siap jempot masok bn...

      Kalau dah nak jahannam macham tu la puak2 umno ni cadang...

      Delete
    2. Anon 3.21 . Mentaliti sesetengah pemimpin kerajaan memang macham tu. Buat apa bising2
      banyak2. Tiap bulan dapat elaun...

      Yang baki setengah kerja macham nak mati tapi apa kan daya....support kurang. Nak marah nnt kena usul pulak...

      Umno oh umno....

      Delete
  15. PRU dah selesai, Rakyat dah buat keputusan, yang kalah apa barang ???? pulak. Memang ada penyakit mental tentang orang2 yang suka popular...suka bercakap depan orang ramai2...pastu lagi gila kalau orang yang mendengar bersorak2...tepuk tangan.. Dan kita yang berada diluar lingkaran kegilaan mereka itu.... rasa pelik Subhanallah..geleng kepala melihat orang gila

    ReplyDelete
  16. Salah siapa yang mula...Yang SPR bodoh bangang tu kenapa menipu!!!takkan dah lupa kot...pr yang sepatutnya menang di sabotaj siapa suruh...Kalo ok takan berlaku pada orang ni...lagi pun rakyat suka dia..tu hak depa..biar je lah...

    ReplyDelete
  17. kaum cina mnetang kerajaan sb ke naikan harga brg2..itu la punca sbnarnye..

    ReplyDelete
  18. aku sokong dap,klo ko benci ngan cina,sruh mca keluar dri bn..

    ReplyDelete
  19. Aku mintak Mentri KDN...POLIS...Imegresen...KASTAM...Jangan Gunakan Perkataan TERRagak-Agak...

    Contoh: Polis tidak Teragak-Agak mengambil tindakan keatas .....
    Sepatutnya: Polis akan memgambil tindakan yang tegas keatas.....

    Jika tidak...tak siapa akan hormat dan takut akan undang-undang...negara tak amanrugi masa dan tenaga..

    Lihat Singapura yg aman dan makmur...Terus ambil tindakan apabila justify..

    ReplyDelete
  20. Bosan betul dengan cara PR ni berpolitik.

    ReplyDelete
  21. rakyat ramai yg menolak pentadbiran bn.terbukti dari peratusan popular undi.bn apa angkuh sangat nak berlagak penangkap rakyat?ingat jumlah undi pakatan akan membuktikn kekuatan melalui perhimpunan yang mana lebih ramai lagi yang berhimpun sebp peratusan undi popular bn yg kurang daripda pratusn undi populr pakatan rakyat suda tentu kurang mengambarkn kebangkitan rakyat.kalau bn spr tak tipu dlm pru entah entah bn hnya mdapt sekitar 30 pratus undi popular ja.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.