Tuesday, May 14, 2013

Azmin Akan Keluar PKR Jika Tidak Dipilih Menjadi MB Selangor


Krisis perlantikan Menteri Besar Selangor menjadi semakin menarik apabila Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, YB Mohamed Azmin Ali, telah mengumumkan kepada para penyokong bahawa beliau akan meninggalkan PKR sekiranya tidak dipilih menjadi Menteri Besar Selangor.

Sehingga kini hanya tinggal Selangor sahaja yang belum menamakan calon Menteri Besar. Krisis di Selangor agak serius kerana DAP mahukan PKR yang hanya memenangi 14 kerusi untuk menjadi Menteri Besar berbanding Pas yang mempunyai 15 kerusi.

Dalam masa yang sama DAP tidak mahu Azmin sebagai Menteri Besar walaupun majoriti wakil rakyat PKR mahukannya. Sementara itu, sumber Istana dikatakan lebih menyukai calon Pas sebagai Menteri Besar.

Anwar sehingga kini masih belum berani menyelesaikan masalah di Selangor dan hanya menumpukan usaha untuk melumpuhkan kerajaan Persekutuan.

Tindakan Azmin ini telah dijangka setelah dalam twitternya menyindir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bermuhasabah diri mengenai kekalahan dan jangan hanya hendak menyalahkan lain.



azmintwiter

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.