Sunday, May 26, 2013

Bagaimana Penasihat Perdana Menteri Boleh Benarkan PM Buat Perjanjian Dengan Anwar Ibrahim


Dalam keadaan Anwar Ibrahim yang asyik menipu rakyat dengan pelbagai perkataan termasuk memaki hamun Perdana Menteri agar sedap didengar, kita dikejutkan dengan kenyataan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla dimana beliau mendakwa Anwar Ibrahim telah mengingkari sebuah perjanjian damai bagi menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Agak musykil juga bagaimana penasihat Perdana Menteri boleh membiarkan Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib mempercayai seseorang yang paling kuat menipu.

Semua rakyat tahu Anwar Ibrahim tidak pernah bercakap benar malah menurut setiausaha sulitnya jika Anwar tersengih, ini bermakna idea untuk 'mengenakan' orang lain sudah datang.

Kita dikejutkan dengan perjanjian damai yang melibatkan Ketua Pembangkang itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digerakkan Jusuf Kalla pada April lalu.

Jusuf Kalla jugalah yang memainkan peranan bagi pertemuan Anwar Ibrahim dengan Raja Kiram III juga di Indonesia.

The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan Jusuf berkata, beliau telah menghubungi Anwar sehari selepas PRU-13 dan meminta Ketua Pembangkang itu supaya menghormati komitmen dan ‘melihat realiti’.

“Kami mempunyai komitmen, tetapi Anwar berkata, tidak, tidak, tidak, tidak,’’ jelas Jusuf Kalla.

Akhbar tersebut yang mendakwa menghubungi ketiga-tiga pihak turut melaporkan, Anwar mengaku pernah membuat perjanjian berkenaan tetapi memberitahu kononnya ‘penentang-penentangnya’ pula yang mengingkari perjanjian itu melalui ‘cara mereka berkempen’.

“WSJ melaporkan bahawa Anwar telah mendekati Jusuf berhubung perjanjian tersebut akibat tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh para cyber trooper tentang salahlaku dirinya dan pengikutnya dua bulan lalu kononnya dalam usaha Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memperolehi komitmen daripada lawannya untuk menjamin keamanan negara selepas pilihan raya umum.

Perjanjian tersebut iaitu kedua- dua pihak mengelak daripada menyerang antara satu sama lain secara peribadi semasa berkempen dan menerima sebarang keputusan pilihan raya dibuat kemudiannya pada April lalu.

Laporan WSJ itu menjelaskan, kedua-dua pihak telah mengingkari satu fasal dalam persetujuan tersebut iaitu dalam menawarkan pihak yang kalah peranan dalam sebuah ‘kerajaan pendamaian’.

Seorang penasihat kepada Najib dilaporkan akhbar itu telah mengesahkan perjanjian berkenaan dan memberitahu WSJ bahawa Anwar telah mencari bantuan Jusuf untuk mendapatkan sebuah persetujuan bersama dalam menerima keputusan pilihan raya secara aman, tanpa menghiraukan siapa memenanginya atau berlaku satu majoriti tipis.

“Perdana Menteri mengulangi secara sulit kepada Jusuf Kalla dan di khalayak ramai sebelum pilihan raya yang BN akan menghormati kehendak orang ramai dan menerima keputusan pilihan raya, sekalipun pembangkang menang," kata penasihat PM.

Walau bagaimanapun, perjanjian damai versi Anwar kelihatan seperti berbeza.

Memetik Anwar, WSJ melaporkan bahawa Jusuf yang menghulur dan menawarkan bantuannya dalam memastikan sebuah pilihan raya yang aman.

“Terdapat ramai rakan sekitar rantau ini yang risau berhubung peralihan kuasa sama ada ia akan aman atau sebaliknya," kata Anwar.

Menurut WSJ, Jusuf terkenal dengan peranannya dalam perjanjian damai semasa menjadi Naib Presiden dari 2004 hingga 2009 di Thailand dan Sri Lanka serta membantu menyelesaikan konflik merentasi kepulauan Indonesia.
Semasa kempen Anwar dalam usahanya untuk menggulingkan kerajaan Anwar menyatakan kepada penyokongnya bahawa beliau  berjanji tidak akan menyerah kalah sehingga pembangkang diletakkan di Putrajaya walau apa cara sekali pun.

Anwar mendapat idea untuk membangkitkan dan menyemarakkan kebangkitan rakyat untuk menggulingkan kerajaan iaitu undi popular, yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mendapat hanya di bawah 48 peratus daripada jumlah undi.

Agihan tidak sekata undian di banyak kawasan, yang dilabel pembangkang sebagai amalan penggarisan semula kawasan pilihan raya oleh BN, telah menyebabkan mereka hanya memenangi 89 kerusi manakala BN 133 daripada 222 kerusi di Parlimen.

Selain daripada ‘Perhimpunan Haram Black 505’ yang telah menarik kehadiran rakyat yang ramai di sekitar, pembangkang juga memfailkan petisyen rasmi terhadap keputusan di 27 kawasan undi.

Jika kita perasan sebulan sebelum PRU13 semua blogger tidak dibenarkan mendedahkan aib Anwar brahim, Mustaffa Ali dan lain-lain lagi terutamanya berkenaan video seks mereka. 

Bukan itu sahaja perkataan fitnah sengaja disebarkan sehingga menjadikan perbuatan terkutuk mereka 'halal'. bagaimana jika perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh pemimpin BN? sudah tentu satu dunia mereka pusing untuk menyatakan perkara sedemikian.

Perlukah kita menyalahkan Anwar Ibrahim kerana melanggar perjanjian sedangkan kita semua tahu manusia jenis Anwar Ibrahim memang tergolong dalam manusia yang munafik.....berjanji sering dimungkiri...mengata, memfitnah dan berbohong sudah menjadi makanan harian beliau?

Perdana Menteri perlu menilai semula penasihat-penasihat yang terbaik untuk dirinya dan seluruh rakyat Malaysia supaya setiapa perbuatan yang dilakukan demi untuk kesejahteraan rakyat.

Sebagai rakyat Malaysia/blogger yang sentiasa menyokong BN...ini hanyalah cadangan dan teguran untuk Perdana Menteri yang kami sayangi agar dapat buat keputusan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

23 comments:

  1. PM Najib....time for you to hand over leadership to more competent individual. How could you betray us by entering into an agreement with a person with no credibility. What a shame

    ReplyDelete
  2. najib , tolonglah jangan memalukan diri sendiri dan memalukan bangsa dan tolaonglah sesakali minta pandangan Tun Mahathir

    ReplyDelete
  3. Mengapa nak disalahkan penasihat sedangkan yang empunya tubuh yang membuat keputusan. Hari ini Najib mencabar pembangkang menunjukkan bukti Bangla mengundi. Masih belum puas berpolitik sedangkan kuasa sudah berada dalam genggaman. Rakyat mahukan tindakan, bukannya teriakan. Cukuplah pembangkang yang berteriak di sana sini. Tak perlulah Najib pun nak beraksi seperti dia juga adalah pembangkang. Kalau Najib masih terlalu sayang sayangkan penasihatnya yang beberapa kerat dan hampir membawa BN rebah dalam PRU13 lebih daripada keprihatinan terhadap jutaan pengundi Melayu Bumiputera yang memastikan BN kekal di tampuk kuasa, dia memang tidak punya cukup wibawa. Negara perlu dilindungi, perlu dipertahankan dari sebarang bentuk ancaman, hatta yang mengancam itu pemimpin atau kerajaan sendiri.

    ReplyDelete
  4. Saya agak sedih pentadbiran Najib tidak membalas sokongan bumiputera dalam PRU13 yang lalu dengan tidak memasukkan kementerian pembangunan usahawan dalam kabinet. Kita tahu fungsi kementerian pembangunan Usahawan dizaman Tun Mahathir amat memberangsangkan sehingga menjadikan ramai bumiputera jutawan dan kita tidak lagi...entah ler

    ReplyDelete
  5. PM, tuan mesti kuat semangat, kami sanggup berjuang dibelakang tuan. Strategi bertahan tidak sesui untuk masa kini. Musuh menyerang terlalu laju. PM mesti serang balas sekarang juga!!!!!!

    ReplyDelete
  6. Bila jadi perkara2 mcm ni, rakyat terbayang zaman pemerintahan Tun Mahathir.. Beliau pnya penasihat2 yg bekerjasama dgn beliau utk memajukan negara tapi perkara yg istimewa tentang Tun ialah, beliau pnya kelebihan akal fkiran yg tajam dan dpt "mmbaca" setiap perkara itu mngikut acuannya, dan ini juga yg memungkinkan mngapa di zamannya jarang skali perkara buruk spt ini berlaku!!! Ah chong dan Ramasamy pon takut nk bersuara, bkn apa, sbb pasti aknpedih telinga mndgrnya. Setiap jwapannya penuh hujjah dan fakta dan ketegasannya mmbuatkan ramai yg gentar dgnya sbb ketegasannya. Najib myb gud at one angle tapi lack on the other angle....

    ReplyDelete
  7. Dalang-dalang pengkhianat dari PKR/DAP macam ular berbisa, menyelinap masuk membelit UMNO dari dalam UMNO atau BN. Patutlah ada pemimpin UMNO yang sampai puji melangit dan sanggup tunduk kepada cadangan Gerakan nak 1Bangsa parti BN - yang sebenarnya asas perjuangan DAP yang amat rakus nak hapuskan hak, warisan, identiti Melayu dan Bumiputera lain, dan Islam (sebab itu Cina DAP terutamanya, amat benci 1Malaysia yang masih mempertahankan pelbagai bangsa, warisan dan hak termasuk untuk Melayu dan Bumiputera lain, dan Islam). Yang hairannya, WSJ yang dikuasai sekutu kuat Zionis yang amat anti-Islam, Rupert Murdoch News Corp beriya memuji Jusuf Kalla dan rancangan perjanjian damai yang tak masuk akal, bahaya dan palsu ini (lihat http://www.guardian.co.uk/media/2006/jul/28/citynews.broadcastingBono and Blair to join Murdoch on the beach, Stephen Brook, Friday 28 July 2006) – jadi mesti ada muslihat yang bahaya. Sepatutnya, UMNO mesti bersikap seperti pahlawan Melayu/Bumiputera gemilang kita yang lantang, tegas dan tidak tunduk kepada angkara durjana pengkhianatan terhadap hak dan warisan berzaman nenek moyang kita, dari sebelum dijajah British lagi! Majoriti rakyat yang cintakan keamanan yang tulen, yang cintakan UMNO/BN dan PM kita (anak yatim kepada salah seorang BAPA KEMERDEKAAN/PEMBANGUNAN tercinta kita, iaitu Allahyarham PM Tun Abdul Razak Hussein) - dah geram betul dengan keganasan huru-hara yang diterajui DAP yang semakin bongkak tak sedar diri dan, penuh benci perkauman pada orang Melayu/UMNO!

    Makcik Tempurung.

    ReplyDelete
  8. Semua penasihat pm bertanding dan kalah. Penasihat atau Punahsihat?

    ReplyDelete
  9. Aku sendiri seperti ad yg masih ditahan-tahan dalam katakan hal ini. Cukup aku katakan bosan ada dalam team besar tapi hati kecik. Main bola kalau dok asik bertahan manjang, rabak gawang bro. Lawan pulak team brutel nekad... jenuh pejam mata weaaa.

    ReplyDelete
  10. Putih-putih melati ali baba, busuk busuk hati si anwar,tak mengenang budi si bangsa cina, Najib mesti lawan habisan ini kalilah...Tunggu lain kali, BN pun sudah masuk kubur laaa..... Kami rakyat mati ternganga..

    ReplyDelete
  11. kecewa,kepercayaan yang kami bagi,ds najib balas dengan perjanjian sulit, awas jangan main belakang datosri

    ReplyDelete
  12. tak faham lah najib ni....lembik lah pulak...menyesal undi bn

    ReplyDelete
  13. Entah atas apa alasannya aku heran sangat...penasihat dalam negara yg di bangga seluruh dunia tak di rujuk, kenapa kepada jusuf kalla pula yg di cari????...siapa jusuff kalla??..negara dia sendiri pon asyik berantakan tak sudah2..teringin pula PM kita jadikan dia orang tengah????..aduh mcm tak boleh percaya aku...sedarkah PM yg dia dah jadi org tengah di Filifina tempoh hari??..kenapa dia mesti ada org tengah pula utk berunding?..dengan anwar pula tu..org sesama negara....kenapa DSN!!!!jangan sampai rakyat kata DSN tak ada integeriti pula...nasib baik BN menang..kalau BN kalah memang kena maki bertahun dgn rakyat yg setia pada UMNO...aduh PM...PM...jangan lembik ler...kalau nak tunjuk kita boleh bertolak ansur tapi bukan dgn memboduhkan duri sendiri...tak habis fikir aku..

    ReplyDelete
  14. dah dekat lah tu,muhyidin stand by

    ReplyDelete
  15. Tengoklah di bawah, dalang dua muka Star mengapi-ngapikan berterusan kebencian secara halus pada PM tercinta kita dan orang Melayu dengan tidak MENGIKTIRAF orang Melayu sebagai “Indigenous” dan memutarbelitkan makna Bumiputera yang sebenarnya bermakna “Indigenous/Native/Tribal/Orang Asal”, walau di Malaysia juga bermakna “Sons of the soil”.

    Lepas itu nak menghasut rakyat termasuk Melayu dan Bumiputera lain supaya terus membenci PM tercinta kita yang merupakan, anak yatim kepada salah seorang BAPA KEMERDEKAAN/PEMBANGUNAN tercinta kita, iaitu Allahyarham PM Tun Abdul Razak Hussein. Allahyarham Tun Razak adalah musuh utama Cina DAP, kerana begitu TEGAS menjatuhkan Cina DAP yang merusuh dengan ganas dalam Mei 1969. Dan juga kerana BAPA KEMERDEKAAN tercinta kita ini melancarkan DEB dan menubuhkan syarikat Petrolium negara, Petronas dengan amat BERANI. Maka kerana itulah, besar kemungkinan, Allahyarham bersama Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, diracuni CIA-MI5-Zionis (kedua Allahyarham meninggal dengan ganjil dan tiba-tiba di tahun 1973 dan 1976 di usia muda 50an) seperti Allahyarham Presiden Sukarno (juga di tahun 1970 di usia 69 tahun setelah dipenjarakan dan ditumbangkan oleh CIA melalui rejim boneka Suharto) – ini adalah modus operandi utama penjajah Barat-Zionis menumbanagkan pejuang Kemerdekaan. Bahkan Jusuf Kalla adalah seorang ketua pelajar yang turut terlibat menumbangkan Allahyarham Sukarno!

    Sila baca dengan bijak di http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/5/26/nation/20130526180020&sec=nation

    Published: Sunday May 26, 2013 MYT 6:03:00 PM

    Dr Mahathir says BN has no alternative to Najib

    KUALA LUMPUR: Barisan Nasional has no choice but to continue supporting Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, even after losing a majority of the popular vote in May 5 elections, said Tun Dr Mahathir Mohamad in a Bloomberg interview….Chinese make up about a quarter of Malaysia's 29 million people, while about 60 percent are Malays and indigenous groups together known as Bumiputera, or "sons of the soil," who get preferential treatment in areas like business and education through affirmative action…..
    The margin of victory was even narrower than the 2008 election, after which Tun Abdullah Ahmad Badawi stood down as prime minister to take responsibility.
    Najib, who took over mid-term four years ago, could face a leadership challenge when his party, Umno, holds its annual assembly later this year.
    Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin is potentially next in line.

    Maka, UMNO perlu tubuhkan pasukan di Internet tetap, yang MENYATUKAN, bukan hanya dari golongan muda yang ramai buta sejarah, tapi dari semua golongan, termasuk penasihat dari NGO Melayu/Islam yang setia seperti Perkasa, GPMS dan PPIM dan banyak lagi, para akademik yang setia, pahlawan Siber setia seperti Sungai Rapat Online dan banyak lagi, serta Utusan Melayu, untuk terus membidas di Internet dengan tangkas, bijak dan tegas tentang fakta sejarah, termasuk tidak tunduk kepada angkara durjana pengkhianatan Cina DAP/PKR terhadap hak dan warisan berzaman nenek moyang kita, dari sebelum dijajah British lagi!

    Makcik Tempurung.

    ReplyDelete
  16. Tun Mahathir sebut BN, bukan UMNO. Harus teliti membaca yang tersirat dalam kata-katanya. BN tidak punya sistem pemilihan. UMNO yang menentukan siapa pengerusi BN melalui pemilihan pada PAU. Masih ada beberapa bulan lagi PAU pemilihan akan berlangsung. Banyak yang boleh berubah termasuk pendirian Tun Mahathir. Mungkin sebab itu beliau cuma menyebut BN, bukan menyebut UMNO secara khusus. Siapa yang percaya bahawa Tun Mahathir terlupa tentang perkara penting seperti ini semasa mengeluarkan kenyataan. Maksudnya, beliau masih mempunyai perkara lain yang belum diucapkan.

    ReplyDelete
  17. enough is enough ...

    ReplyDelete
  18. apa makna kuasa kalau masih melutut minta perjanjian ngan peliwat,,,come on la pak najib, kami harapkan ketegasan dan keberanian anda.. takut gelaran tun menemani anda pas pru14

    ReplyDelete
  19. zaman ni rakyat sudah bosan dengan politik yng cetek dan cakap berdegar degar tapi habuk pun tarak..kita mahu setiap tindakan kerajaan haruslah telus dan dihalusi sebaiknya demi kebaikan rakyat dan negara bukannya politik murahan dimana kemajuan negara terbantut sebab pemimpin kita ashik sibuk merebut jawatan tapi kerja tak seberapa...lihat sahaja korea selatan ..seingat saya tahun 90an dulu bukan main sibuk pelajar U sana buat demo lawan kepimpinan negar yang korup ..hasilnya sekarang korea selatan dah maju setanding dengan jepun dari segi kemajuan negara..

    ReplyDelete
  20. Buatlah senarai mereka yang munafik di dalam umno.....ikut dan kaji setiap pergerakan mereka bagi betul2 pasti bahawa mereka adalah antara orang tidak boleh dipercayai. Simpan senarai rahsia untuk 5 tahun akan datang supaya kita betul2 kenal mysuh kita....

    ReplyDelete
  21. Hey Anonymous 11:23, pergi balik lubang DAP-si KIT-SIAL/PKR! Hang puji demo huru hara, kononnya nak ikut Korea Selatan (KS), apa pasai? KS itu kaya sebab dia cium kaki Barat-Zionis, sampai sanggup nak berbubuh dengan saudara sendiri dari Korea Utara, demi KORUPSI jijik dari TUAN Barat-Zionisnya!

    Makcik Tempurung.

    ReplyDelete
  22. PEMBETULAN: Hey Anonymous 11:23, pergi balik lubang DAP-si KIT-SIAL/PKR! Hang puji demo huru hara, kononnya nak ikut Korea Selatan (KS), apa pasai? KS itu kaya sebab dia cium kaki Barat-Zionis, sampai sanggup nak berbunuh dengan saudara sendiri dari Korea Utara, demi KORUPSI jijik dari TUAN Barat-Zionisnya!

    Makcik Tempurung.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.