Thursday, May 2, 2013

Dato Hamidah Sambut Cabaran Pas Untuk Berdebat Isu SAR


Dengan bangganya Dato Hamidah Osman calon N43 Dun Sungai Rapat menerima cabaran calon Pas berdebat dalam isu Sekolah Agama Rakyat dimana puak-puak pas menuduh Dato Hamidah memfitnah mereka sedangkan calon Pas sendiri telah mengkhianati Islam. 

Pada 29 Mei 2012 Radzi zainon, Lee Boon Chye, Ketua Cawangan Pas taman Desa Pelancongan, Pegawai Khas Lee Boon Chye Megat Ikhmal bersama 23 penduduk cina termasuk kanak-kanak telah membuat demostrasi bagi membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat.

Kemudian calon Pas Dun Sungai Rapat Radzi Zainon telah menafikannya kononnya beliau tidak terlibat lansung dalam bantahan tersebut.

Setelah dikemukakan dokumen berserta gambar seperti diatas Radzi Zainon menuduh Dato Hamidah Osman memfitnahnya dan mengajak Dato Hamidah berdebat.

Untuk tidak menghampakan harapan puak-puak HamPas ini Dato Hamidah bersetuju untuk menyahut cabaran tersebut pada malam ini yang akan diadakan di Taman Maju Rapat iaitu tempat puak-puak HamPas 'lepak'.

Samada ada atau tidak permit polis untuk malam ini Dato Hamidah tetap akan hadir untuk berdebat.

Anuar Ayam dan Radhi Zainon perlu bersedia dengan kelentong anda agar penyokong anda tidak akan buat 'U' Turn menyokong BN selepas ini.

1 comment:

  1. Buang masa je debat dgn puak puak taksub ni. Kebenaran tak masuk kepala pun dieorg ni. Kerjanye cari salah org je. Tinggalkan aje le.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.