Tuesday, May 14, 2013

Guru Penolong Kanan Sekolah Sekyen 19 Shah Alam Ajar Pelajar Berpolitik di Sekolah

Wajah Guru Penolong Kanan Seksyen 19 Shah Alam,

Perbuatan seorang cikgu yang membuli pelajarnya disifatkan sebagai kurang ajar dan melampau. Pelajar-pelajar itu yang dipercayai anak kepada penyokong Barisan Nasional (BN) telah diperlakukan seperti binatang.

Kejadian itu berlaku pada 9 Mei 2013, di Sekolah Rendah Seksyen 19, Shah Alam sekitar akhir pembelajaran sesi pagi.

Pelajar-pelajar tahun lima di kelas 5 Gemilang telah diarahkan oleh guru terbabit supaya semua pelajar berdiri. Namun, pelajar yang menyokong pakatan haram diarahkan duduk, sementara pelajar yang menyokong BN terus kekal berdiri.

Menurut seorang bapa mangsa, anaknya bersama 17 orang pelajar yang lain telah diarahkan berdiri. Mereka telah diminta untuk menjawab soalan kenapa memilih BN. Jika mereka memberi jawapan barulah dibenarkan duduk.

"Cikgu tersebut juga membuat perbandingan dan menulis di papan hitam dengan mengatakan PR adalah pandai dan BN adalah bodoh. Kejadian ini bukan hanya berlaku di kelas anak saya, bahkan melibatkan 2 buah kelas lagi iaitu 5 Kreatif dan 5 Juara. Perbuatan ini dilakukan oleh guru yang sama," menurut seorang bapa mangsa.


Cikgu tersebut adalah Shamsuddin b. Majid yang juga guru penolong kanan di sekolah terbabit.

Difahamkan, kumpulan terdiri daripada ibu-bapa mangsa bertindak membuat laporan polis. Mereka meminta supaya pihak bertanggungjawab dan Kementerian Pelajaran Malaysia supaya mengambil tindakan kepada guru itu.

6 comments:

  1. Melampau Taksub Cikgu ini!!!!

    ReplyDelete
  2. Pengikut taksub Anwar juga terdapat diary TTDI Jaya Shah Alam, bilamana Pengerusi Pesatuan Penduduk Fasa 3A yang berpangkat Dato - mengeluarkan arahan melalui email untuk menyokong si Yaakop Saparia sebelum PRU 13.

    Ini adalah kerana si Yaakop beri sumbangan peribadi pada Pesatuan Pehduduk.

    Fius urat kepala putus - terlalu taksub. Semuga Allah memberi petunjuk kepada mereka ini.








    ReplyDelete
  3. Jom join aku kempen beli produk orang Islam di TendangTerajang

    Bantuan untuk menambah maklumat diperlukan

    ReplyDelete
  4. KEM.PELAJARAN PATUT BUANG SAJA CIKGU INI. NAK SIASAT APA LAGI? RAKYAT SUDAH MUAK DENGAN AMARAN DEMI AMARAN. BERTINDAK SEKARANG.

    ReplyDelete
  5. Setuju. Buang saja guru ni. Tengok muka pun dah dpt agak akan sikap nya. Buang buang buang.....

    ReplyDelete
  6. sudah ramai guru yg menyokong p.r..terang2 dalam f.b...mohon tindakan segera

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.