Saturday, May 25, 2013

Isteri Bekas MB Kedah Kesal Pemimpin Pas Pro-Anwar Menghina Suaminya


Isteri kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah kesal terhadap beberapa pemimpin Pas yang pro- Anwar menghina keadaan fizikal yang dialami oleh Datuk Seri Azizan Abdul Razak, selepas beliau selamat jalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya 7 Mei lalu.

Isteri Azizan Faekah yang setia menemani Azizan di Hospital Pulau Pinang, turut terkilan apabila Azizan dijadikan bahan gurauan tertentu.

“Saya termasuk anak-anak sangat sedih membaca laporan tidak berasas seperti itu. Ada pemimpin Pas yang sanggup menyindir kaki Azizan dipotong kerana khianat kepada perjuangan parti, ada sifatkan otak Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama macam kaki Azizan, saya anggap ini keterlaluan,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan Azizan yang terlantar sakit, masih ada pihak yang dahulunya mencium tangan Azizan  tergamak menghina malah menyebar berita palsu mengenai bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu.

“Mereka langsung tidak hormat beliau sebagai seorang pemimpin dalam parti yang juga bekas menteri besar, Azizan tidak wajar dikecam dan dihina sebaik sahaja Kedah gagal dipertahan, kerana kejatuhan Kedah bukan berpunca daripada beliau semata-mata,” katanya.

Faekah meminta pihak luar, termasuk ‘musuh dalam selimut’ hentikan segera perbuatan tidak berfaedah itu.

“Kami terguris dengan penghinaan itu, termasuk cerita yang boleh aibkan orang lain, sedangkan ini semua adalah takdir ALLAH. Namun saya juga bersyukur kerana masih ada pihak anjurkan solat Hajat dan bacaan Yasin untuk kesejahteraan Azizan,” katanya.
“Memang ramai dan ada usaha jatuhkan Azizan sejak beliau ambil alih kerajaan negeri. Musuh bukan sahaja dari luar, termasuk dalam parti. Saya percaya selagi Azizan bernafas, selagi itu musuhnya tidak akan berdiam diri untuk lihat Azizan tersungkur, bagaikan kutukan seperti zikir harian mereka,” katanya.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada pemimpin pelbagai latar belakang politik hadir menziarahi beliau, termasuk Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah; Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Saya sebak dalam lawatan Mahathir, tindakan Siti Hasmah memeluk erat Faekah sambil menangis menunjukkan hubungan mereka tetap mesra walaupun sebelum ini pemimpin tersebut dikutuk dan dihina.

12 comments:

  1. bagi aku komen liar ... mencarut ... menghina ... ini adalah berkat dari pengajaran nabi pas dan ulamak-ulamak dalam pas ... setiap kali mereka berceramah mereka akan mencaci-maki musuh politik mereka ... menuduh musuh politik mereka sebagai kafir dan memberi gelar yang menghinakan ... apatah lagi nabi pas pun telah bersabda bahawa tuhan pas pun mencarut ... jaid tidak salah mereka mencarut kerana tuhan pas pun mencarut ... kalu mereka memusnahkan azizan musuhnya tidak akan berdiam diri untuk lihat Azizan tersungkur, bagaikan kutukan seperti zikir harian mereka meamng benar kerana nabi pas pun pernah berkata bahawa tuhan pas adalah sasmseng ... tentunya mereka akan berkelakuan seperti samseng ... inilah salah satu hasil kejayaan tarbiah dan pengajaran dari agama pas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana setuju dgn pndangan sahabat.

      Delete
    2. Percayalah dengan qada dan qadar Allah. Apa yang terjadi adalah yang terbaik dan ada sebabnya. Cuma kita perlu mencari sebabnya. Untuk belajar dari kesilapan itu . Janganlah susah hati. Allah bersama orang yang beriman dan ikhlas.
      Kita jangan melihat seseorang itu dari luaran saja. Lihatlah juga keikhlasannya.

      Delete
  2. Ini golongan PAS yang terhasut dengan tipu durjana parti yang ditaja penjajah Barat-Zionis, PKR/DAP. Kalau Melayu dan Bumputera lain terus tunduk kepada DAP/PKR pengkhianat, dan pengkhianat dalam BN sendiri yang mahu sekarang hapuskan UMNO, kononnya mereka nak 1Bangsa (bukan 1Malaysia –yang masih mengekalkan pelbagai hak, warisan, identity dan bangsa Melayu dan Bumiputera lain serta Islam, melalui UMNO dan parti Bumiputera lain), Malaysia kemungkinan akan menjadi satu lagi Singapura/Israel! Rejim-rejim ini yang di bawah penaja penjajah Barat-Zionis ini amat mendiskriminasi hak, identiti, warisan berzaman dan agama bangsa Bumiputera Melayu Islam Singapura dan Bumiputera Palestin Islam Palestin [Zionis laknat sangat kejam dan ganas pada Bumiputera Palestin Islam– sekarang dia hantar pengganas dia dan dari Barat kat Syria (selepas Iraq dan Libya), bunuh habis orang Islam, yang Kristian mereka sibuk hantar kat Eropah terutamanya ke Jerman, yang majoriti benci Islam]! Dan saya mengesyaki, kekalahan MCA dan Gerakan sebenarnya juga dirancang dengan teliti dan begitu halus, termasuk dari dalang dua muka pengkhianat dalam BN tersebut, dengan bantuan the Star, untuk menghasut para cerdik pandai termasuk golongan professional Melayu dan Bumiputera lain yang muda.

    Baiklah PAS bersatu dengan UMNO, demi menyelamatkan tamadun Melayu dan Bumiputera lain dan Islam di bumi tercinta merdeka kita ini, termasuk mendoakan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sihat kembali, dan dia dan keluarga dibela oleh PAS dan UMNO, sebagai bekas pemimpin Melayu/Islam yang berjasa, walau berlainan doktrin. Janganlah umat Islam ditelagahkan sesama sendiri, oleh sekutu PKR/DAP tajaan Barat-Zionis kerana mereka nak menjatuhkan tamadun Melayu dan Bumiputera lain, serta Islam.

    Makcik Tempurung.

    ReplyDelete
  3. betul tu. memang mereka sendiri mengajar manusia jadi kurang ajar dan berperangai hodoh. sudah puluhan tahun mereka buat begitu walaupun dalam rumah ibadah seperti masjid. matlamat mereka menghalalkan cara, anggap apa saja yg datang dari mereka adalah benar belaka. mereka menyamar dan bermuka2 seperti pejuang2 islam tapi sebenarnya diri sendiri menjadi merosak islam. pemimpin dan ustaz mereka tidak menegur ahli dan penyokong mereka yang rosak akhlak bahkan bersubahat sama dengan kemungkaran. sekarang balasan Allah telah tiba dan akan terus tiba terhadap mereka sendiri. inilah hasil meletakkan ajaran islam sebenar di celah kangkang mereka dan cita2 merebut kuasa dijunjung di atas kepala. sungguh sedih melihat kelakuan umat islam akhir zaman, tidak lagi cinta akhirat tapi cinta dunia hingga tahap merosakkan agama dalam diri masing2.

    ReplyDelete
  4. Aku bukan penyokong tegar umno mahupun pas tapi mghina org yg ditimpa musibah mmg celaka!!!!!
    Semoga mrk akan merasa apa yg dirasa oleh mantan mb kedah...

    ReplyDelete
  5. tak perlu hina orang atau mempergunakan untuk gurau bila seseorang tu dalam kesihatan tak memuaskan.
    tak baik menhina ,kita perlu bdoa untuk kesihatan cepat sembuh..
    harap mereka sedar lah,sebab mereka adalah salah seorang dari parti yg sama..

    ReplyDelete
  6. Menghina, memaki, mengutuk dah jadi makanan ruji penceramah2 PAS. Pegi mana2 masjid atau surau dikuasai ajk2 berpihak kpd PAS, kita akan dgr setiap kuliah agama akan diselit atau disertai kutukan terhdp pelbagai kelemahan kerajaan. Ini yg menjadi akhlak yg akan dicontohi jemaah2 surau/masjid. Bgi jemaah yg dh lama, yg mmg ada asas agama kuat, mungkin tidak terpengaruh sgt, tpi bgi jemaah2 baru nk berubah, pastu dihidangkn pulak dgn cara ini, itu sebhg jemaah yg berperangai sebegitu, anggap maki hamun kpd selain PAS tu sbg satu pahala. Dibolehkn. Bkn semua penceramah PAS berperangai sedemikian, tp....boleh kata sebhg besar. Sbb ustaz2 yg berceramah ni, sejak dari kecil lagi mmg telah dididik sebegitu, utk membenci parti pemerintah, x kira atas jua keadaaan.
    Pada sya, dari mengutuk kosong mcm tu, apa kata PAS sama2 berkerjasama dgn UMNO, utk memperbaiki apa yg kurang dlm kerajaan ada skrg ni. Kekuatan UMNO dh bnyk, cuma perlukn sokongan dari PAS utk memudahkn perlaksanaan agenda islam. Kalau UMNO tidak sedar, tolong sedar2kn. Bkn mengutuk2....pastu abis kuliah bersurai. Adakah ada perubahan dari kuliah tu?...Xde...sekadar tambah dosa. Kalau PAS bersama pakatan skrg ni, agenda islam masih jauh sgt2. PAS minoriti dlm pakatan, 21 kerusi shj dibandingkn dgn DAP/PKR. PAS sbg pemberat undi dlm pakatan. Segala apa agenda islam PAS, DAP/PKR mmg x kn layan. Ntah le....maaf ckp, bnyk aku tngk sebhg besar pemimpin PAS, bodoh sombong.

    ReplyDelete
  7. parti anwarisna setan, apa nak diherankan. kalau betul berjuang untuk agama dan bangsa tak la macam tu. kepala parti anwarisna setan atau parti anak setan adalah di Kelantan tu, yang suka meludah orang tu........

    ReplyDelete
  8. Sejarah mencatatkan bahawa d zaman Rasulullah saw telah berlaku bahawa bila ada ghanimah iaitu harta rampasan perang ...maka ramailah yg datang kemasjid malah ada yg datang awal awal lagi...itulah jika zaman hidup Radulullah saw ada manusia manusia gini maka tak hairanlah mada kini.Sabarlah DS dan keluarga ...madih ramai yg mendoakan keselamatan dan kesihatan DS Azizan ...insyaAllah doa doa tentu d dengar Allah dan d qabuli.Ameen ! Teruskan beristiqomah...syaitan ada dimana mana.surah 23 ayat 97+98 mrmberi kita kekuatan.Selamat Selamat Selamat

    ReplyDelete
  9. sabaq sajala datin seri.ni semua lumrah alam.bile dpuncak,kita djunjung tinggi.bile dbawh kita hnya setaraf pengalas kaki!

    ReplyDelete
  10. GOLONGAN PR INI MEMANG MENGAMALKAN BUDAYA SAMSING, BAHASA PUN KURANG HAJAR DAN BIADAP. PEROSAK NEGARA BANGSA AGAMA.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.