Thursday, May 16, 2013

Kata DS Najib Kabinet Mantap dan Berimbang, Apa kata Anda sebagai Pengundi


Semalam Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan barisan Jemaah Menteri yang diumumnya adalah sebuah Kabinet yang berimbang menggabungkan pemimpin berpengalaman, teknokrat dan orang muda.

Tetapi ramai para pemerhati politik berkata Kabinet yang terbaru adalag kabinet 'Recyle' apabila berjaya menampilkan muka-muka baru yang lama seperti Idris Jusoh, Shahidan Kassim, Nazri Aziz, Hishamuddin Tun Hussein, Ahmad Husni, Ismail Sabri, Sabri Chek, Idris Jala, Ahmad Bashah, Hamzah Zainuddin, Tajuddin Abdul Rahman dan Khairy Jamaluddin.

Yang agak menarik pemimpin Hindraf iaitu P. Waythamoorthy yang pernah mencaci dan menghina Malaysia di luar Negara juga dilantik sebagai Tim. Menteri. di Jabatan Perdana Menteri.

Hampir kesemua pengendali war room BN/UMNO dilantik menjadi anggota kabinet Dato' Sri Najib kecuali Kong Cho Har yang tewas dalam PRU13 baru-baru ini.

Menurut Perdana Menteri Kabinet baharu ini mampu meneruskan dan menjayakan agenda transformasi nasional selain meningkatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat.


Yang paling menyeronokkan 
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik sebagai Menteri Pertahanan dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Dalam Negeri).

Terpulanglah kepada pembaca untuk membuat kesimpulan terhadap barisan kabinet ini tetapi yang nyata Dato' Sri Mohd Najib telah membuat apa yang sepatutnya.

Apa pun tahniah kepada semua pemimpin yang baru dilantik ke dalam kabinet mantap dan berimbang Perdana Menteri

17 comments:

  1. Ada org benci kerajaan ada golongan anwarista ada golongan tak guna. Memang berimbang.

    ReplyDelete
  2. Ahmad Maslan timb. Menteri kewangan?????????

    ReplyDelete
  3. Berimbang apa, kalau muka kaki rasuah masih dipilih oleh Najib...kabinet ini adalah kabinet 'membunuh' karier Najib sebagai Perdana Menteri

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih Najib kerana melantik Tan Sri Anwar Ibrahim sebagai
    1) Ketua Menteri Demontrasi
    2) Menteri Jalanraya

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  5. Boleh di katakan ok ok aje sb x faham kenapa pemberontak hindu(HINDRAF)di beri jawatan menteri bukan apa takut nanti puak2 yg lain pun akan memberontak sb kalau memberontak dapat jawatan.as for KJ aku rasa kita patut beri dia peluang..klu agak2 x ok kita humban dia dari kabinet.zaman skrang pak menteri2 dah jgn nak besar kepala...rakyat akan menghukum. Masih ramai lagi pemimpin Umno yang kuat bekerja cuma mereka tak memberontak sahaja

    ReplyDelete
  6. Penyokong Umno MelakaMay 16, 2013 at 2:45 PM

    Kepada DS Najib,

    Kami orang-orang Melaka berasa terkilan kerana YB YB dari Melaka tidak diberikan kerusi yang pada perkiraan kami sangatlah sikit jumlahnya di dalam barisan kabinet Dato Sri.

    Mengapa tidak ada seorang pun di antara YB kami yang menjawat jawatan Menteri? Biarpun negeri kami kecil tapi kesetiaan kami kepada UMNO dan BN tidaklah boleh dipertikaikan.

    Jika dikira dari segi kemampuan, Melaka terus maju di bawah kepimpinan YB YB kami dan ini jelas membuktikan akan kemampuan YB YB dari Melaka.

    Yang besar jangan disangka gajah dan yang kecil jangan disangka kancil. Intai-intailah kami di Melaka.


    p/s: Melaka hanya ada seorang wakil Timbalan Menteri di dalam kabinet kali ini..Alahai kesian Jebat dengan negeri Jebat ni..Kesabaran orang Melaka teruji lagi!!!

    ReplyDelete
  7. Kabinet yg AMAT Berimbang Nak tau sebab apa:

    1) Lantik menteri paling lembik dalam dunia jaga askar
    2) Bagi anak didik Anwar jaga KDN, mampos dia main wayang nanti
    3) Taruk ramai orang Pak lah yang tiada kredibiliti -kj, madzhir, idris jusoh, helmi etc
    4) Hindu hindraf jadi menteri (apasal tak bagi melayu perkasa yang bertungkus-lumus pertahankan Umno)
    5) Warlord UMNO yg korupted mcm Tajuddin, Hamzah dan Shahidan
    6) Najib tak mau lepas MOF (hoiii...bila nak sedar)
    7) Idris jala boleh bagi job banyak2 lagi kat "con"sultant
    8) dua dead wood Shabery cheek and Ismail sabri still on

    konklusi : ini kabinet nak bagi UMNO mati cepat

    ReplyDelete
  8. Ikut suka kaulah Najib, buatlah apa pun sebab masa masih ada 5 tahun lagi

    ReplyDelete
  9. DS Najib Tak dengar keluh-kesah akar umbi supaya diwujudkan semula kementerian pembangunan Usahawan yang dimansuhkan ketika Pak Lah jadi PM

    ReplyDelete
  10. Idris Jusoh kan sudah dibenci oleh Sultan Terengganu kerana terlalu banyak rasuah masih dipilih????

    ReplyDelete
  11. Bukan berimbang tapi MEMBIMBANGKAN macam kitchen kabinet yang lusuh. Lagi-lagi si Lembik Hisap Puting tuu........ Dosa dia kerana kelembapan yg mengakibatkan 10 perwira gugur jadi kayu pengukur tahap kecerdasan beliau. I tak rela you.........

    ReplyDelete
  12. kenapa rakyat malaysia sekarang berhujah mengikut sentimen saja , najib buat pemilihan berpandukan banyak aspek. dengan prestasi pru 13 yang sebegini mustahil pilihan atas emosi dan citarasa sendiri. itu sebab mana mana kerajaan mahu penguasaan parlimen lebih dari 2/3 majoriti. kalau rakyat nak mengomen saja lebih baik bagi kerajaan bn penguasaan penuh boleh le letak ikut apa yang rakyat mahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai...macai totok...

      Delete
  13. Apa alasan Najib memilih Idris Jusoh, Shahidan Kassim dan Nazri Aziz

    ReplyDelete
  14. Fuh! 99% komen tak tak setuju dan tak suka! W'bagaimanapun rasanya mmg betul pun. Kami yg berumur 45tahun keatas membesar pada zaman Tun M. Kabinetnya dibarisi oleh nama nama hebat dan org yg hebat. Klu ada meteri baru pun seorang dua yg bersih (walaupun lama lama jadi tak bersih) Bila sampai zaman Tun D, pun masih boleh tahan. Pasal tu Tun D cepat turun pasal kabinetnya boleh tahan hebat! Cuba perhati kabinet DS Najib ni! Rasa rasanya boleh ke nak bawa Malaysia tercinta ni TRANSFORM ke peringkat yg lebih tinggi? Dgn calon recycle, dgn muka baru yg baru2 nak belajar jadi Menteri, yg bakal jadi Samy Vellu pun ada! Alaahai, apalah nasib Melayu selepas ni. Kalau kata nak bagi peluang pun, kita cuma ada 5 tahun saja lagi!

    ReplyDelete
  15. Kita paham yg Najib ada cara tersendiri utk pilih Menteri ni semua. Tapi masalahnya rakyat yg melihat tak tahu kriteria yg dipilih. Maka rakyat bawahan akan mengulas ikut sedap mulut je ah. Konklusinya, saya tk nmpak transformasi besar dlm kabinet ni. Makna kata; TAK MENARIK. Spatutnya banyakkan muka baru dn muda yg lbih dinamik !

    ReplyDelete
  16. Najib kena sedar yg majoriti anak muda tk bagi undi pada BN. Dan dlm tempoh lima tahun lagi mereka masih lg anak muda, bahkan anak muda akan terus bertambah sbg pengundi. Jadi, kabinet patut dipenuhi dgn MP yg masih muda atau muka baru. Baru lebih trbuka! Ni masih pilih muka outdated. Haihh. Knapa Tajudin Rahman, Idris Jusoh, Shabery, Ismail Sabri, Hishamudin masih lagi dipilih ????

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.