Thursday, May 9, 2013

Letaklah Siapa Pun Akan Kalah Jika Umno Sendiri Yang Sabotaj


Sepanjang Sungai Rapat Online mengikuti perkembangan kempen PRU, PRU13lah kempen agak kotor dipenuhi dengan berbagai sabotaj dari dalam yang dilakukan oleh pemimpin Umno sendiri. Sebagai orang yang belum menyertai mana-mana parti Sungai Rapat Online mendapati Umno akan berkubur jika masih menyimpan pemimpin jijik sebegini.

Sebenarnya Dun Sungai Rapat merupakan kawasan putih yang mudah dimenangi oleh sesiapa sahaja calon BN yang bertanding, tetapi akibat sabotaj bertalu-talu atas bawah, depan dan belakang yang dilakukan oleh pemimpin tertentu Umno maka Dun Sungai Rapat kini dimenangi dengan mudah menjadi milik calon Pas yang tak pernah turun padang pun.

Bermula dengan penajaan calon bebas bagi memecahkan undi Umno dan Mior mendapat 333 undi sahaja, itupun mungkin undi daripada beberapa pemimpin yang dengki dengan pencalonan Dato Hamidah sebagai calon BN.

Kemudian tidak habis dengan itu beberapa lagi menyekat lojistik seperti bendera, baju 'T' BN, wang peruntukkan untuk Dun dan yang terakhirnya berkempen untuk menjatuhkan calon BN sendiri.

Mereka sanggup membuat mesyuarat khas untuk membincagkan bagaimana nak menjatuhkan calon BN Dato' Hamidah Osman.

Kempen-kempen drastik kuncu-kuncu pemimpin tertentu bermula dan paling ketara kempen untuk menjatuhkan Dato Hamidah berlaku di Kampung Sungai Rokam, di Kampung Seri Rahmat, Di Kawasan Pengkalan Barat, Pengkalan Gate.

Jika inilah pemimpin yang ditampilkan oleh Umno, SRO yakin pada PRU14 nanti Dato Seri Mohd Najib akan menjadi terus ketua pembangkang. Selagi pemimpin-pemimpin jijik dan bermuka-muka ini berkuasa mengawal Umno ini wujud selagi itulah Gopeng hanya akan menjadi pembangkang sahaja.

Masyarakat sekeliling sudah muak dengan kemimpinan Umno yang ada dan sewajarnya diganti baru, mereka menjadikan peruntukkan yang diberikan sebagai bisnes mereka.

Pemilihan parti akan berlaku sudah pasti individu tersebut akan berhempas pulas habis-habisan untuk mengekalkan dirinya sebagai pemimpin dan sudah pasti mereka ini akan menggunakan apa sahaja pendekatan waima berjuta-juta ringgit terpaksa dilaburkan.

Ingatlah keahlian Umno bukan hanya untuk individu tertentu sahaja, jika dasar tutup pintu terus dilaksanakan oleh Umno terhadap ahli baru yang memohon untuk menjadi ahli maka mereka akan beralih ke parti lain yang senantiasa terbuka buat mereka dan Umno pasti akan berkubur bukan kerana orang Melayu mengkhianati Umno tetapi sikap jijik segelintir pemimpin Umno yang menjadikan orang Melayu menjauhi Umno.

Jangan salahkan orang Melayu jika Umno sudah tidak diterima oleh parti yang majoriti kaum Melayu sendiri.

SRO akan mengupas dengan lebih mendalam mengenai kekalahan di semua kerusi Dun dan Parlimen Gopeng pada entri akan datang.

Bukan tidak Redha terhadap apa yang berlaku tetapi perlu juga direnung dan disiasat siapa sebenarnya musuh dalam selimut. Rasullullah SAW pun pernah tewas dalam peperangan Uhud dan baginda juga redha dengan ketentuan Allah tetapi sebagai pengajaran Rasulullah SAW menyiasat kembali punca kekalahan tersebut supaya tidak akan berlaku lagi pada peperangan yang akan datang.

19 comments:

  1. Inilah UMNO.. atau lebih tepat lagi MELAYU.. Tak Dapat Apa dihajati.. Habis DiSondol belakang kawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musahabah lah diri..APA yg kita buat orang nampak..klau kempen secara memusuhi smua orang tu la akibatnya...

      Delete
  2. sebab tu jangan lebihkan kroni...kalau tidak, semua orang sokong..

    ReplyDelete
  3. Kami dah beritahu awal2 dlm sungai rapat online, knp YB tak strategis dalam mengenal taktik musuh dan musuh dalam selimut? Apa yg Yb tak buat dlm kawasan YB? Semua dilaksanakan dengan jayanya, cuma kerana gagal mengurus persepsi YB kalah. Persepsi melayu sejauh chemor tahu cerita YB, masalahnya YB tahu?

    ReplyDelete
  4. dekati NGO cina muslim...insyAllah kita alan dpt kembali gopeng...masukkan mereka dlm BN seperti KIMMA..india muslim sudah ada dlm BN..kita perlukan cina muslim..cth ridwan tee..

    ReplyDelete
  5. kita perlu bangkitkan kesedaran..siapa DAP ini...apa agenda mereka sebenarnya...keluarkan fakta dan dokumen..hubungan mereka dgn socialist international...mereka nk hapuskan hak2 bumiputra...siapa yg majoriti bumiputra?org melayu islam juga..sedarlah apa nasib anak2 kita masa hadapan...mereka akan letal boneka melayu untuk mengaburi org melayu...mcm yusuf ishak di singapura

    ReplyDelete
  6. DENGKI,
    KHIANAT,
    TAMAK HALOBA,
    TIKAM BELAKANG,
    IRI HATI,
    SEMUANYA TU ADALA DALAM DIRI PEMIMPIN BAWAHAN DAN ATASAN UMNO. INI ADALAH HAKIKAT SEBENAR.
    PAS PUN ADA PENYAKIT SERUPA CUMA TAMBAH SUKA BUAT FITNAH MENGAJAK RAKYAT MENGHIMPUN DOSA-DOSA FITNAH.

    ReplyDelete
  7. bkn kata dsungai rapat saja kene sabotaj,meyeluruh dkawsan2 strajik dmsia kene bro...PARLIMEN BATU PAHAT jhr x penah kalah lbh 50 tahn kalah!dgn dun PENGGARAM skali kalah.apa cite?sbb yg dlantik GAGAL SEGAGAL2NYE memimpin,membentuk 1team.jenis penting.kenyangkn perut sendiri.tuii!

    ReplyDelete
  8. Kat tempat aku pun sama juge...org umno yang tak dapat bertanding pun main cah keting juge...kat jerantut...bak kata dr m...melayu tamak....

    ReplyDelete
  9. ok bro.. post dulu cite pasal gopeng nanti akan ada pulak cite pasal seremban. sapa panas bontot tu baik la lari jauh-jauh sebelum kena pijak

    ReplyDelete
  10. Ya saya sokong. Rombakan perlu dilakukan dr setiap peringkat. Cantas yg tk setia awal awal.

    ReplyDelete
  11. di gopeng pun gitu ...walaupun x ada pilihan bn (mca) lawan dap ..saya tetap pilih bn ... ahli2 yg bawahni amat mendukacita kan bila pengurusan kewangan.. pengagihan duit minyak untuk pengundi luar kawasan.. x layak menuntut . bukan anak tempatan katanya . itu kaw. kg. pulai gopeng. bila di tanya mana ketua kawasan mula berdolak dalih... bila jadi mcmni aku xdalah marah BN ..undi tetap undi cuma lainkali terpaksalah tukar tempat undi ..duduk di kawasan kerja ..x perlu keluar kos untuk pulang mengundi..

    cuma nak mempersoal .. pasangan saya mengundi nun di kuala kangsar ..tp layak dpt utk pengundi luar mengikut senarai nama melalui undian . tp di kawasan kg. pulai.. dia kata hanya utk org kg. pulai sahaja.. jadi kami ni pengundi importla.. x layak la..patutla sukar menang..kalau x menjaga kebajikan..

    bg saya , saya tetap setia cuma akan berkuranglah seorang pengundi disitu jika saya bertukar mengikut lokasi bekerja ..tp bagaimana ada lebih org mcm saya yg rasa tertipu di situ..mungkin semua akan tukar kawasan mengundi untuk menyenangkan diri..

    tapi bagaimana yang marah... sanggup berpaling tadah.. ? sanggup memangkah lain terutama pengundi cina... sapa tahu kan... u all kata org jauh balik boleh claim minyak tp x dapat..

    ReplyDelete
  12. Saya sebagai pengundi luar amat benci dengan BN kata nak bagi duit untuk pengundi luar tapi bila pergi kata peruntukan tak ada...mana pergi duit peruntukkan

    ReplyDelete
  13. betultu ..jagalah pengundi2 .. mereka balik menyokong kawasan anda walaupun tiada di situ..walaupun bukan org situ..inipun salh satu penyebab yg jauh malas balik mengundi...

    sokong di atas tu tukar tempat mengundi utk tidak menyusahkan diri..

    ReplyDelete
  14. Ketua umno bahagian gopeng kemut peruntukan dari atas untuk mengalahkan calon umno........tabur duit pada rakyat supaya tidak memilih calon............calon umno dan calon mca.......sebabtu dap dapat sapu semua.

    ReplyDelete
  15. Diaorg ni nak undi BN mmng harapkan duit peruntukkkan ker ? (tuju kpd anonymous 8.55am).

    -Jiran seTaman-

    ReplyDelete
  16. Aku mengundi di dun teja..wlaupun aku duduk dun sg. Rapat..pasal duit claim minyak nie aku mmg rasa nak tumbuk muka petugas2 yg handle claim duit minyak nie..(kebykkan org2 tua yg in charge).bknnya aku mengharap pun pasal benda nie..tapi mmg peruntukkan dah di beri kan?sekurang2nya syok la skit dpt balik mengundi kat kg sendiri..aku mengundi dlm pukul1..dah habis mengundi aku pun terus la nak claim dgn adik aku..adik aku tu pulak keja kat putrajaya..alih2 tak dpt..alasannya yg in charge tu pegi tgh mengundi?kepala bapak dia pegi mengundi lepas kul 1..pagi2 takleh ngundi ke?dia suruh kami dtg kul 3 pulak..dah kul3 kami dtg balik..in charge tu check dia kata nama kami takde dlm senarai claim..kami pun heran kerana sblm undi petugas2 umno ada mengambil butiran kami dan mengetahui kami duduk di luar dun..siap petugas tu telefon kami lg..lg satu kami dpt lihat di kertas senarai claim tu tertulis rm100,tetapi di potong kpd rm30..dah nasib kan..asyik kena tipu je..entahla..lebih baik tolong hamidah daripada kena tipu dgn melayu kat dun teja tu..

    ReplyDelete
  17. TU MAKSUDNYA UMNO SUDAH MEREPUT DR DALAM DAN NAK TUNGGU TUMBANG SAJA...HAHAHA...HIDUP...HIDUP

    ReplyDelete
  18. Kah...kah...kah...PADAN MUKA H.O. nk tunjuk samseng sangat..nk tunjuk terer sangat....nah rakyat sg rapat dh tunjuk keberaniannya..

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.