Thursday, May 2, 2013

'Saya Tertipu Dengan Pemimpin Pas Yang Bersikap Hipokrit' - Bekas Ketua Penerangan Pas


"Saya tertipu dengan beberapa pemimpin Pas yang datang kepada saya dan mengajak saya menyertai Pas, kata mereka kononnya Pas akan melaksanakan negara Islam dan hukum hudud sedangkan Umno menolak Hudud", kata Tarmizi Kor Abdullah bekas Ketua Penerangan Pas.

"Apabila dihadapan masyarakat Melayu Pas akan berkata mereka akan melaksanakan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud tetapi bila dihadapan masyarakat cina terutamanya penyokong DAP mereka akan berkata negara Islam dan hukum hudud tidak akan dilaksanakan dan mereka sentiasa akan akur dengan pemimpin pakatan rakyat", kata Tarmizi lagi yang juga seorang saudara baru.

"Nasihat saya janganlah terpengaruh dengan kata-kata mereka yang penuh hipokrit dan pembohongan demi tamakkan kuasa, dendam dan hasad dengki", katanya lagi ketika ditemui di Flat Seri Connoly ketika menyertai kempen calon BN N43 Dun Sungai Rapat Dato Hamidah Osman.



1 comment:

  1. eh sejak bile jd ketua penerangan pas ni? kome kalo nk nokok aje gemor

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.