Tuesday, May 21, 2013

Saya Tidak Terkejut Dengan Sikap Anwar dan Kit Siang Menghasut Rakyat Kerana itu telah Dirancang - Tunku Aziz



Saya sedikit pun tidak terkejut dengan perbuatan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang menghasut golongan muda supaya menjatuhkan kerajaan secara demonstrasi jalanan kerana pembangkang sudah lama merancang konspirasi ini dengan nama Malaysia Spring sekiranya kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi melampau seperti Arab Spring itu bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Beliau mendakwa, Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr. Chen Man Hin pernah menyatakan sokongan kepada Bersih 3.0 selain membayangkan demonstrasi itu sebagai permulaan kepada Malaysia Spring pada 26 April tahun lalu.

"Saya agak musykil, apakah yang dimaksudkan beliau dengan Malaysia Spring? Adakah beliau menyokong rusuhan dan keganasan seperti yang berlaku di negara-negara Arab? Adakah juga Bersih 3.0 hanyalah permulaan kejadian lebih buruk selepas ini?" katanya.

Menurut Tunku Abdul Aziz, demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram setakat ini dirancang pemimpin politik tertentu sejak beberapa tahun yang lalu sekiranya tidak mendapat mandat menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Disebabkan itu juga, katanya, beberapa pemimpin pembangkang ketika itu berterusan menggesa rakyat bersama-sama mereka menggulingkan kerajaan melalui beberapa siri demonstrasi jalanan.

"Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini sedang menjelajah seluruh negara dengan misi untuk terus membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan kononnya terdapat penipuan dalam pilihan raya umum lalu. Dia terus berbohong dengan mengaku dia ialah Perdana Menteri yang sah," katanya.

Tambah Tunku Abdul Aziz, apa yang menghairankan pemimpin pembangkang lain sudah memulakan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing meskipun dalam masa sama menuduh pilihan raya umum lalu tidak telus.

Malah katanya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah antara yang paling awal mengangkat sumpah sekali gus mengakui kemenangannya menerusi proses pilihan raya umum itu.
"Kalau mereka menang, mereka tidak bising malah akui keputusan itu telus tetapi yang kalah menyalahkan kerajaan dengan pelbagai tuduhan tidak logik termasuk 'mengimport' warga Bangladesh mengundi selain berbohong kepada rakyat bahawa Presiden Amerika, Barack Obama akan campur tangan," katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa polis mengambil tindakan tegas dalam usaha mengekang tindakan Anwar dan pemimpin pembangkang lain daripada terus mengadakan perhimpunan haram di seluruh negara.

Katanya, beliau bimbang tindakan bebas pemimpin pembangkang menghasut rakyat itu boleh mencetus kepada perhimpunan haram yang lebih besar dan ganas pada masa depan.

"Pembohongan yang menyentuh sentimen rakyat akan menjadi aset untuk mereka merancang sesuatu yang lebih besar dan buruk. Pihak polis perlu bertindak lebih tegas, jangan biarkan golongan seperti ini menghancurkan keamanan negara," katanya.

4 comments:

  1. syabas tunku aziz ya . terus uncover activity orang-orang ini dengan bukti-bukti yang kukuh dan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk selamatkan malaysia. kalau ada sesiapa dalam simpanan mereka ada hard evidences tolong dedahkan segera supaya lebih memudahkan proses DS Zahid, PDRM dan pihak-pihak berwajib dan take into consideration all things dan kira segala risiko dalam dan luar negara termasuk human rights, united nations, mana-mana pihak, demi keselamatan dan kesejahteraan negara kita, agama kita, bangsa kita, ekonomi kita, raja kita, perlembagaan kita, keturunan kita dan ketuanan melayu kita, keistimewaan kita and the like. semua mesti bertindak tegas dengan ilmu yang Allah anugerahkan. Kita semua kena hentikan anwar ibrahim, lim kit siang dan konco-konco mereka dan mereka yang derhaka dan perosak negara. Kami semua doakan DS Zahid, Tunku Aziz, DS najib orang-orang melayu dan islam dan orang-orang yang cintakan negara sentiasa sihat, selamat dan dalam perlindungan dan pertolongan Allah. Amin.

    ReplyDelete
  2. Majoriti dari kita sedia maklum, mereka2 ini hanyalah golongan yang suka kesana kemari berceramah dan mencari salah org konon nya. Bila sedang menjelajah kesana kemari, tak payah buat kerja sebagai wakil rakyat. Hidup senang, berceramah jadi hobi, tak perlu pening2 fikir masalah pengundi kawasan mereka yang perlu bantuan. Tak perlu fikir nak tingkatkan FDI atau cari pelabur dari luar untuk majukan negara dan rakyat umum. Yang mereka buat cari sponsor untuk bayar duit rumah mereka, kereta mereka, untuk naik kapal terbang merata2, untuk buat aktiviti mereka yang santai2, bergembira tengok org terpegun dengan pidato hasutan, gembira org tepuk tangan ramai2. Dalam kain sendiri busuk hapak. Pemilihan DAP sendiri tidak bersih, dua2 parti DAP dan PKR parti anak beranak bukan setakat nepotisma dan kroni. Tetapi lebih dari itu lagi. Parti laki bini anak bapak menantu........ SICK !!!!

    ReplyDelete
  3. Apakata kalau kita jemput je Polis Singapura.....KDN bolehlah goyang kaki !

    ReplyDelete
  4. apa ni nak jemput Polis Singapura pulak!. Sempit nya otak. Awak ni bangsa apa ye.Kalau awak Cina Dap, seluruh orang melayu dan islam akann hancurkan mereka jika mereka teruskan agenda mereka berdasarkan risalah DAP yang bersifat perkauman itu.jangan cuba nak perlekeh-lekehkan ya. Bangsa cina singapura pun tidak boleh di percayai. Berhati-hatilah pihak berwajib Malaysia. Ambil tindakan keatas perosak negara, agama dan negara kita ini. tolong create database untuk identify siapa mereka ini dan tarik balik kerakyatan mereka segera. Jangan senang-senang nak bagi mereka keistimewaan, kembalikan ISA dan activate kuasa raja-raja melayu semula. Hanya orang melayu boleh mengundi dan pendatang di haramkan. Cina adalah pendatang. Dia kena baca dan faham sejarah. Sampai bila-bila pun orang melayu penduduk asal tanah melayu. Ingat tu semua orang cina di malaysia.Rapatkan barisan orang melayu dengan segera.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.