Tuesday, May 28, 2013

Semangat Kesukanan Rakyat Terengganu 'Dibunuh ' oleh Pengadil yang tidak bertanggungjawab



Walaupun Kelantan layak ke final Piala FA 2013 tetapi jutaan rakyat Malaysia telah menyaksikan pengadilan yang paling buruk sehingga berjaya melayangkan dua kad merah kepada pemain Terangganu dalam masa tambahan

Pada mulanya rakyat Malaysia dihidangkan permainan yang cukup menarik daripada pemain Terengganu tetapi samada sedar atau tidak tindakan pengadil yang sengaja mahu menyakiti hati pemain yang sudah keletihan membuahkan hasil kepada pasukan Kelantan.

Pengadil terlalu kurang memberikan sepakan percuma setelah pemain Kelantan mengasari pemain Terangganu sehingga kaki pemain Kelantan melepasi kepala pun pengadil buat-buat tak nampak tetapi sebaliknya jika pemain Kelantan jatuh sedikit pun tanpa disentuh pengadil cepat-cepat meniupkan wiselnya.

Keadaan ini membuatkan pemain Terangganu tertekan sehingga terpaksa mengambil tindakan sendiri.

Malangnya isyarat tersebut tidak dipedulikan oleh pengadil gila malah beliau terus melayangkan kad merah tanpa pertimbangan.

Akhirnya pasukan Terengganu kalah dengan agregate 5-4 dan membuatkan pasukan Terengganu berputih mata ditempat sendiri.

Satu post mortem perlu dibuat samada membatalkan permainan tadi atau pengadil dikenakan tindakan dipecat.

8 comments:

  1. Kita nak berlaku adil untuk semua sama ada dlm sukan atau politik.
    Antara ketidakadilan pengadilan bola sepak dan pru 13 yg mana lebih memberi kesan? 5 tahun,5 perlawanan?
    Apapun terasa kesannya!

    ReplyDelete
  2. Pengadil orang Pas kot?

    ReplyDelete
  3. dah kalah..kalah la bro....cuba lagi thn depan ye...

    ReplyDelete
  4. ahaha... bile org lain kalah boleh pula ckp camtu ye... cube kelantan yg kene camtu, confirm ade rusuhan... mcm masa kalah ngan N9 dulu... LOL

    ReplyDelete
  5. kelantan boleh blahhhh

    ReplyDelete
  6. Kalah menang bukan soalnya tetapi mutu pengadilan haruslah lebih adil dan bukan sekali kesilapan yang dibuat malah empat dan lima kali

    ReplyDelete
  7. keputusan engadil tepat.berlaku provokasi dan tidak profesional d kalangan pemain

    ReplyDelete
  8. KELANTAN OK TETAPI PENGADIL YANG TEMPANG. APA TIDAKNYA SELEPAS TERENGGANU MENJARINGKAN GOL PERTAMA. SELEPAS ITU ASHAARI TELAH MELEPASI 3 PERTAHANAN LAWAN DAN BELIAU DI ASAK DAN HAMPIR TERJATUH DI DALAM KAWASAN PENALTI TETAPI PENGADIL WAK DEEEG JE. MEMANG PENGADIL SEPERTI INI TIDAK LAYAK MENGADILI PERLAWANAN SEPERTI INI. ROSAK BOLASEPAK MALAYSIA KALU TERUS TERUSAN DENGAN SENARIO BEGINI.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.