Sunday, May 19, 2013

Ustaz Kazim terpaksa bersara kerana di ugut akan dibunuh.


Di sebalik semangat berapi-api kononnya mahu memartabatkan Islam di negara ini, rupa-rupanya ada pihak yang cukup takut sekiranya, kebenaran diperkatakan dan kebatilan yang telah menjadi sebahagian daripada rukun hidup mereka didedahkan kepada umat Islam lain.

Untuk terus melindungi kebatilan dan keserakahan mereka, tanpa ragu-ragu mereka melakukan pelbagai perkara onar, termasuklah mengugut untuk membunuh dan mengancam nyawa dan keselamatan orang yang boleh menelanjangkan kejahatan dan perangai syaitan mereka.

Itulah yang berlaku kepada penceramah agama terkenal, Ustaz Mohd Kazim Elias yang telah mengambil keputusan untuk berhenti berceramah bermula dari 28 November lepas apabila ancaman terhadap keluarga dan harta bendanya semakin menjadi-jadi. Dia juga kecewa kerana telah dilabelkan sebagai USTAZ POLITIK.


Bukan itu sahaja Ustaz Kazim pernah beberapa kali disantau sebegitu teruk sehingga kehilangan suara.

Siapa tidak kenal Ustaz Kazim yang berjaya membina sebuah pondok pengajian terkenal seperti Al-Barakah di Kampung Manjoi.

Ustaz Kazim merupakan salah seorang daripada penceramah yang paling diminati sehingga pernah suatu ketika ceramahnya di Youtube mendapat tempat pertama paling banyak penonton . Sememangnya ustaz Kazim juga agak 'glamour' yang memang ditunggu-tunggu ceramahnya. 

Programnya di sebuah stesen televisyen kabel seperti Astro Oasis, menjadi tarikan ramai walaupun ceramahnya dalam program berkenaan dibuat secara santai.

Berbanding dengan sesetengah ustaz atau penceramah glamour yang sangat BERPIHAK KEPADA PARTI POLITIK PAS seperti Ustaz Azhar Idrus, Kazim Elias yang telah dipecat dari PAS suatu ketika dahulu kerana berjaya membuktikan kebatilan dan rancangan jahat Dewan Ulama PAS Perak, amat dibenci oleh para pengikut Pakatan Rakyat khususnya PAS.

Jika penceramah seperti Ustaz Azhar Idrus atau lebih terkenal dengan nama glamour Ustaz McDee mendapat pujian beribu-ribu turun untuk mendengar ceramahnya kerana beliau pro-pembangkang. Walaupun sebutannya banyak yang tidak fasih berbahasa Melayu tetapi demi menyokong pembangkang mereka akan turun beramai-ramai sambil memberi pujian.

Ustaz Azhar Idrus pula kelihatan sangat bebas, aman dan tidak pernah diancam walaupun ceramahnya, seringkali membinatangkan, membodohkan dan menghina intelektual sesiapa sahaja yang tidak disukainya. Bahkan Ustaz Mcdee itu disanjung dan dipuja, meskipun sebagai Ustaz Politik Glamour, beliau tidak menepati ciri-ciri seorang pengajar atau penceramah.

Beginikah cara kebebasan yang mereka perjuangkan? Astagfirullahalazim!

14 comments:

  1. Ustaz,
    Saya cadangkan keluarkan vcd untuk orang ramai.
    Kebenaran biasanya selalu ditentang. Macam Nabi. Selalu ditentang kaum mushrikin. Ustaz pula ditentang kaum yang mendapati kepentingannya tergugat oleh kebenaran.

    ReplyDelete
  2. SEMOGA ALLAH MENEGAKKAN KEBENARAN DAN KEMENANGAN KEPADA PERJUANGAN USTAZ KAZIM...

    ReplyDelete
  3. Begitulah mentaliti orang PAS...tak suka dengar fakta ilmiah walau pun dari ustaz yang berkelulusan tinggi dan pakar dalam bidangnya..apa yang orang dan ustaz-ustaz PAS suka ialah memperbodohkan pemikiran rakyat dengan pelawak-pelawak yang dipanggil ustaz sambil mengutuk-ngutuk orang lain... kemudian ketawa..ketawa..ketawa.. seolah-olah agama sebagai candu kepada orang PAS untuk mengkhayalkan pengikutnya..satu pertanyaan ilmiah..berapa ramai orang PAS benar-benar ikhlas mencari ilmu agama dan ilmu pengetahuan? atau datang ke ceramah nak ketawa, ketawa dan ketawa sambil mengutuk dan memaki orang lain..???

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Pelanduk yang tersempit diantara gajah yang berjuang untuk sebuah wilayah dan kuasa.
    Rasanya Islam tidak membiarkan cara yang tidak bertamaddun seruopa apa yang ditunjukkan oleh penyokong2 Pembangkang ini, apa lagi Pas sebagai Parti yang kononnya lebih Islam dari Muslim2 dalam negara... Semoga TUHAN MEMBERI PETUNJUK... Insyaallah... Aamiin3x. Mksih. Salam

    ReplyDelete
  6. Salam utk Ustaz Kazem,

    Ustaz inilah Jihad kita. Teruskan perjuangan menegak kebenaran walaupun
    dicerca dan diugut kerana Allah sentiasa bersama org yg benar. Kalau kita
    berundur dan takut, itulah kehendak mereka untuk menjahanamkan negara ini.
    Allahu Akbar!!

    ReplyDelete
  7. Klau benar ada org ugut knpa nk takut, sebagai ustaz tidak ada rasa tkut dlm jiwa, hidup mati kerana Allah SWT bukan dari manusia, sepatutnya sebagai ustaz kita kena sokong parti islam dan bukan parti sekular(UMNO).

    ReplyDelete
  8. warga kota kota bharuMay 19, 2013 at 4:45 PM

    Kpd anon . 4.30
    Parti Pas sekadar parti .. bukanya menlambangkan ISLAM YG ADDIN..
    TAKSUB SUNGGUH ..

    ReplyDelete
  9. Betul..parti pas bukan mencerminkan nilai-nilai Islam sangat. Sekadar nak menang kuasa politik, tak lebih dari itu. Sebab itu banyak pengikutnya ganas dan tidak rasional. Ego dan emosional saja lebih kononnya tahu agama lebih dari orang lain.

    ReplyDelete
  10. Bak kata Nizar, ada tak didalam mana-mana transkrip atau perlembagaan PAS ada menyatakan melaksanakan Negara Islam (tepukan gemuruh dari ADUN dap). PAS dulu dengan Pas sekarang lain, hudud dah tak ada sebagai asas perjuangan. Konon nak jatuhkan kerajaan yang korup, tapi hipokrit. Semoga usaha Ustaz Nasha menjadi realiti. Kalau nak laksana hudud hanya satu saja jalannya, penyatuan UMMAH tak kira dari parti mana sekalipun...... PAS kena ingat ia perlukan UMNO untuk tujuan itu bukan DAP atau PKR. Buangkan dendam individu yang tak pernah padam itu....

    ReplyDelete
  11. Kpd anon . 4.30

    Ramai kawan-kawan aku beri jawapan yang sama, kita kena sokong parti Islam iaitu PAS dan bukan UMNO.

    Tetapi setelah aku ceritakan kronologi peristiwa berubahnya arah perjuangan dari negara Islam kepada Negara Kebajikan, hukum yang berubah-ubah ikut selera politik (dulu boleh aibkan orang lain tapi bila kena pada Anwar Ibrahim tak boleh pulak), hudud yang hanya 0.0001 % (kenyataan Hadi Awang) dan tak ada dalam perlembagaan PAS nak tubuhkan negara Islam (Nizar Jamaludin semasa sidang Dewan Undangan Negeri Perak 2008), makan kawan-kawan akupun memaki hamun PAS dengan perkataan yang aku sendiri tak sanggup keluarkan. Bila aku tanya kenapa marah? Jawapannya "kami tak tahupun perkara ini."

    Itulah realitinya bila ramai orang tidak suka membaca tetapi hanya suka mendengar dari sumber-sumber yang tahap pemikirannya tidak berwibawa.

    Banyak orang keliru dengan menganggap label Islam pada parti PAS itu beerti parti ini 100% berjuang cara Islam. Tapi kalau sanggup ludah muka orang yang inginkan persaudaraan sesama Islam (disebutkan oleh Nik Aziz), orang itu hanya berwajah Islam tetapi dia sebenarnya SYAITAN.

    ReplyDelete
  12. UAI ustaz mcdee? isu ni lame dh uai jawab.yg dia membinatangkan org tu uai cuma tafsir balik apa yg ad dlm al-quran, ap yg allah kate dlm quran..Sungai Rapat kalu x bace quran jgn melulu lulu sound org yg tolong tafsir ayat2 quran kepada kita

    ReplyDelete
  13. SAYA IKUTI CERAMAHNYA UAI ,SETELAH DI BUAT PENILAIAN pandangan peribadi saya ...TERNYATA UAI LEBIH RENDAh ilmu dan akhlaknya berbanding dengan uka dan ufb,harap sesiapa yang ingin menilai kene dengar semua ceramah dan kelas ketiga tiga tokoh ini...cara penyampaiannya dan akhlak percakapannya mencerminkan islam....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.